Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 14, 2023 @ 8:41pm

Akui Sedih, Yusof Haslam Baru Tahu Syamsul & Puteri Sarah Sudah Bercerai – “Kalau Ada Jodoh Boleh Berbaik Semula” 

“Saya tak tahu mereka dah berpisah.. Saya terima keputusan tersebut walau hati ini agak sedih’ 

Demikian respons pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam berhubung berita penceraian anaknya, Syamsul Yusof bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Memetik laporan mStar, Yusof memaklumkan sudah lama tidak berhubung dengan pengarah sensasi tersebut, namun bersyukur apabila kemelut rumah tangga anaknya itu telahpun selesai. 

“Saya sibuk hari ini. Tidak tahu mereka sudah berpisah. Saya terima keputusan tersebut walau hati ini agak sedih sebab kalau boleh tidak mahu penceraian.

“Saya sudah lama tidak berhubung dengan Syamsul. Ini penceraian secara baik. 

“Mereka buat demi anak-anak. Jika dilakukan secara baik, apa yang diharapkan ia tidak menyakiti hati sesiapa. 

“Saya pun bosan orang asyik bertanya. Kisah mereka sebelum ini buat ramai orang resah dan wujud persepsi tidak baik, jadi sekarang masing-masing boleh bawa haluan masing-masing dan lupakan apa yang berlaku,” katanya. 

Meskipun berduka dengan berita perpisahan tersebut, Yusof tidak menafikan mempunyai harapan buat Syamsul dan Puteri Sarah untuk bersatu kembali. 

Sementara itu, pengarah filem popular KL Gangster ini berkata beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail akan sentiasa menjaga hubungan silaturahim yang telah terbina bersama Puteri Sarah. 

Menurutnya, Puteri Sarah adalah ibu kepada kedua-dua cucu kesayangannya. 

“Mereka bercerai talak satu, kalau ada jodoh boleh berbaik semula. Sekarang ini, saya harapkan mereka dapat jalankan tanggungjawab dengan baik terhadap anak-anak. 

“Saya dan isteri masih anggap Puteri Sarah sebagai menantu. Tiada sebab untuk kami ketepikan,” tuturnya. 

Pada siang tadi, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Bercerai, Puteri Sarah Sudi Bertentang Mata Dengan Ira Kazar? Ini Jawapan Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Rumah Tangga Selesai, Puteri Sarah Luah Kelegaan

Sebelum ini, Sarah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ira Kazar pada penghujung Jun lalu.

Kemudian, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah pun menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap Ira Kazar, pada 25, 28 dan 29 Ogos hadapan.

Terdahulu, pada 18 Ogos tahun lalu, media melaporkan Ira ditahan JAWI. Sebelum itu, pada 20 Ogos tahun lalu media turut melaporkan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Profile Di Instagram Hilang, Individu Dakwa Patimah Ismail Padam Gambar Puteri Sarah?

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika Anak Ada Bapa Baru, Saya Terima” – Syamsul Yusof Doa Puteri Sarah Jumpa Lelaki Baik, Tidak Letak Syarat Berjumpa Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Saya Benci Perpisahan & Takut Untuk Melepaskan” – Puteri Sarah Liyana

Sumber: mStar

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 May 2021

PKP Bersasar Untuk Kuala Lumpur – Annuar Musa

KL laksana semula PKP bersasar?

Events Fri, 6 Jun 2025

Sheila On 7 Kembali Gegarkan Latihan Pestapora Di Stadium Bukit Jalil 26 Jun Ini

Kemunculan yang pastinya ditunggu-tunggu peminat Sheila On 7 di Malaysia.

Hiburan Sun, 5 Dec 2021

Siti Nordiana, Iman Troye, Noraniza Idris & Bunga Antara 10 Terakhir Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Jom Semak SENARAI LENGKAP 30 Lagu Yang Layak!

Selepas 10 lagu pertama diumumkan pada 21 November lalu dan 10 lagi lagu diumumkan pada 28 November lepas, 10 lagu terakhir yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan sebentar tadi. Berakhirlah sudah […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Nama Disebut-Sebut, Pengurus Nafi Nadeera Terbabit Dalam Kes Penyanyi Ditangkap Khalwat

Pengurus nafi Nadeera Zaini terbabit kes penyanyi khalwat

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Stadium Malawati RIUH Dengan Kemunculan Charlie Puth

Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu sempat menunjukkan kehebatannya bermain piano menerusi beberapa lagu termasuk Suffer.

Featured Wed, 27 Aug 2025
Hiburan Tue, 5 Nov 2019
error: Content is protected !!