Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 27, 2019 @ 3:40pm

PITAHATI Gabung Muzik Klasik Moden Dalam ‘Naraka’

Kumpulan PITAHATI kini kembali dengan lagu terbaharu berjudul Naraka yang menjadi lagu tema bagi drama Jibril yang ditayangkan di TV3.

Lagu Naraka gabungan nuansa muzik 70an, 80an serta moden ini sarat dengan mesej mesej tersembunyi dan tersirat yang sesuai menjadi intipati dan jiwa siri drama tersebut. 

PITAHATI yang dibarisi vokalis Ilham, gitaris Zahar, pemain dram Yasin, pemain bass Masrin dan gitaris Hidayat sebelum ini pernah menghasilkan lagu seperti Bintang Biru Kristal Salju dan Melayar dan lagu Sahabat yang dijadikan skor untuk filem Terbaik Dari Langit. Istimewanya, lagu itu tercalon di Festival Filem Malaysia yang ke 26 untuk Skor Musik Terbaik dan Lagu Tema Terbaik. 

Lebih istimewa, PITAHATI kini dalam siri jelajah negeri di semenanjung Malaysia bermula hujung tahun lalu menerima sambutan yang baik dari para peminat di semua tempat tempat persinggahan mereka.

Mereka dijadualkan berada di Insider Satellite Ipoh, Perak 30 Mac ini sebagai lokasi terakhir konsert jelajah mereka. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Fathia Latiff Pilih Jadi Pengkid?

Kalau ada tawaran Fathia sedia terima!

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Tue, 8 Oct 2024
Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Ben Ladin Digelar Pengkid, Kenapa Agaknya?

Apapun, bagilah peluang buat artis muda kita ni berkarya, dan jangan suka mengutuk tanpa usul periksa. Ingat tu!

error: Content is protected !!