Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 8, 2024 @ 6:25pm

“Hak Jagaan Anak Diberi Kepada Fazura, Saya Dapat Hak Bertemu & Bermalam Dengan Fatima” – Fattah Amin

Peguam syarie mewakili selebriti dan usahawan jelita, Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan pihaknya bakal memfailkan kes baharu berkaitan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Mengulas lebih lanjut, Fakhrul berkata perkara itu perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

“Terma persetujuan juga sudah direkodkan termasuklah nafkah edah, anak dan apa-apa yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

“Hak penjagaan akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah sebab bukan bidang kuasa di Mahkamah Rendah.

“Kami kena failkan kes baharu di Mahkamah Tinggi untuk merekodkan persetujuan yang tercapai dalam perjanjian. Tarikh belum ditetapkan sebab baru boleh difailkan,” katanya.

Sementara itu, Fattah ketika ditemui berkata dia berpeluang untuk bertemu dan bermalam dengan puteri sulungnya, Fatima meskipun hak penjagaan diberi kepada bekas isteri.

“Betul hak jagaan anak diberi kepada Fazura, tapi kami ada perjanjian yang perlu dipersetujui bersama.

“Antaranya saya dapat hak lawatan untuk berjumpa Fatima dan bermalam dengannya, Alhamdulillah,” tuturnya.

Fazura

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada Isnin, 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura yang telah memfailkan perceraian pada 13 September lalu bercucuran air mata apabila mengakui dia tidak dapat menerima Fattah bertindak curang.

Selain isu curang, punca perceraian lain adalah Fattah didakwa telah mengabaikan nafkah serta tiada persefahaman.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin, Fazura Sah Bercerai Talak Satu

Artikel Berkaitan: “Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Terkilan Dituduh Tak Setia, Fattah Amin Nafi Curang – “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Saya”

Artikel Berkaitan: Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

Artikel Berkaitan: Langgar Perintah Mahkamah Sebar Aib Fattah Amin? Peguam Maklum Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara – “Nak Terus Fitnah? Tanggunglah Dosa”

Artikel Berkaitan: “Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 15 Aug 2022

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Majlis gender reveal Mona Allen dan Pekin Ibrahim didakwa ikut budaya barat.

Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

Featured Wed, 5 Jul 2023

Kes Saman Babitkan Puteri Sarah & Ira Kazar Selesai Luar Mahkamah

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik💖

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

JYP Entertainment Denies TWICE Rumoured Comeback Date

South Korea’s top girl group, TWICE has announce their comeback plans for 2018, but the rumoured date is incorrect.

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fathia Pelik Kenapa Namanya Sering Jadi Bualan Netizen

Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!

Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Berseri Pakai Busana Serba Putih, Majlis Sanding Mizz Nina & Suami Di KL Penuh Intimate!

Sweetnyaaaa 🥰🥰 Manis senyuman Mizz Nina terpancar kebahagiaannya dengan suami, Essam Muhammad 🥰

Kisah Viral Sun, 26 Apr 2020
Trending Tue, 25 May 2021
error: Content is protected !!