Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 22, 2024 @ 1:51am

Duo Istimewa Tanpa Penglihatan Tampil Memukau Di Uji Bakat Calpis Soda OIAM, Terima Tawaran Rakaman Daripada Juri

Duo istimewa yang dikenali sebagai DNA, terdiri daripada Firdaus dan Adam Zikri, dua individu luar biasa dari golongan orang kurang upaya (OKU) meraih perhatian di uji bakat Calpis Soda One in A Million (OIAM) di Universiti Malaya, baru-baru ini.

Mereka mencuri tumpuan dengan misi inspirasi dengan mempersembahkan karya seni mereka yang unik dan penuh makna kepada para juri.

Lebih mengagumkan, karya mereka mendapat pujian tinggi daripada kedua-dua juri, Shaffiq Erwin dan AG Coco.

Malah, AG Coco, terpesona dengan keindahan dan makna mendalam lirik mereka, menawarkan peluang kepada duo ini untuk merakamkan lagu-lagu mereka di studionya.

Ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi juga bukti kukuh akan keupayaan mereka mencipta karya yang benar-benar asli dan penuh bakat.

Dari Melayu, Cina Dan India: Uji Bakat Calpis Soda One In A Million Raikan Kepelbagaian Bakat di Malaysia!

Uji bakat Calpis Soda One In A Million benar-benar membuktikan bahawa muzik adalah bahasa universal apabila bukan sahaja bakat daripada bangsa Melayu yang menyerlah, malah kehadiran peserta daripada pelbagai kaum seperti Cina dan India turut memeriahkan suasana di kedua-dua lokasi di Kuala Lumpur!

Dari setiap sudut pusat uji bakat, kelihatan semangat perpaduan yang luar biasa, mencerminkan keunikan dan kepelbagaian rakyat Malaysia. Kehangatan persembahan mereka bukan sahaja menyatukan bangsa, tetapi juga mengangkat pertandingan ini sebagai sebuah platform inklusif yang diraikan oleh semua lapisan masyarakat!

Antara yang menarik adalah seorang remaja berusia 16 tahun, Khaw Zhen Xuan, yang sanggup merentasi perjalanan dari Pulau Pinang ke Universiti Malaya demi mengejar impiannya.

Dengan sokongan penuh daripada ibu bapanya, Zhen Xuan terus didorong untuk mendalami bidang yang diminatinya sejak kecil. Ibu bapanya percaya bahawa pengalaman berharga yang diperoleh daripada usaha ini akan membentuknya menjadi individu yang lebih hebat dan berjaya pada masa hadapan.

Acara Menarik Di Kedua-Dua Lokasi Di KL

Kemunculan istimewa bintang Famili Duo seperti Sharul Kamal, Zahid, Naqiu, dan Shiha Zikir memeriahkan suasana dan diiringi sesi ramah mesra bersama peminat. Persembahan memukau daripada Khai Bahar turut menjadi tumpuan, menghidupkan pentas dengan suara emasnya.

Di Universiti Malaya, pengunjung disajikan dengan persembahan bertenaga daripada Amir Masdi dan kumpulan The Dukes pada hari Ahad.

Sementara itu, hari Sabtu menyaksikan peminat drama tanah air berpeluang bertemu selebriti popular seperti Rita Nadira, Chacha Maembong, Imran Aqil dan Shah Iskandar dalam ramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Butiran Uji Bakat Seterusnya

Uji bakat Calpis Soda One In A Million akan diteruskan pada hujung minggu ini di Kuantan City Mall, Pahang dan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak pada 23 & 24 November 2024. Pengunjung uji bakat Calpis Soda One In A Million bakal menikmati persembahan istimewa daripada Haqiem Rusli di Kuantan, Pahang, sementara peminat di Borneo berpeluang berhibur bersama Sufian Suhaimi di Kuching, Sarawak.

Barisan juri di Kuantan pada hari pertama akan menampilkan Indah Ruhaila dan Sarah Ismail, manakala hari kedua menyaksikan Ara Johari berganding bahu dengan Sarah Ismail.

Di Sarawak pula, Bob Yusof dan Shaffiq Erwin bersedia mengambil alih tugas juri.

Kepada mereka yang tidak berpeluang hadir, mereka masih boleh menyertai melalui Uji Bakat  Dalam Talian, dengan memuat naik video nyanyian berdurasi 1 minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara  sehingga 24 November ini.

Jadi, tunggu apa lagi warga Pahang dan Borneo? Sertai kami bulan Disember ini di TV3 bersama Calpis Soda One in A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform sosial untuk maklumat terkini dan rasai keterujaan Calpis Soda One In A Million bersama Calpis Soda, minuman soda kultur kegemaran anda untuk musim ini.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, layari laman Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022

Rebecca Nur Al Islam Berkemungkinan Terpaksa Gugurkan Kandungan Anak Keenam

Allahu kenapa pula tu? Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Tue, 16 Aug 2022

“Saya Dah Lama Tak Hubungi Dia” – Naim Daniel Bersuara Isu Iman Troye Sombong Selepas Popular

Sudah lama tidak berhubung dengan Iman Troye, Naim Daniel tidak berani berkata apa-apa.

Featured Thu, 25 Feb 2021
Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Grant Gustin Finally Marries Sabahan Girlfriend!

Congratulations to the lovely couple.

Hiburan Mon, 21 Jun 2021

Terokai Keindahan Karya Orkestra Tempatan Bersama MPO!

Peminat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO), anda kini boleh menikmati karya muzik orkestra yang indah daripada komposer-komposer tempatan! MPO kini menjalin kolaborasi bersama Persatuan Komposer Kolektif (Malaysian Composers Collective – MCC) dalam […]

Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Trending Mon, 16 Aug 2021

Perdana Menteri Sementara Adalah ‘One Man Show’ – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara, sebagaimana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas menerima peletakan jawatannya tengah hari tadi. “Ia adalah tugas yang terhormat. Saya akan terus jalankan tugas sebagai […]

Featured Wed, 2 Feb 2022

“Tidak Ada Istilah Payung Emas Atau ‘Free Gift’, Ia Hadis Palsu” – Ini Jawapan Dr Zulkifli Bila Wanita Tolak Poligami

Isu poligami ni memang panas eyh? sepanas hati perempuan bila suami nak kahwin lagi…

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

Ejen Ali Misi: Juang Menang Di ContentAsia Awards 2021

Filem pendek Ejen Ali Misi: Juang hasil kolaborasi Primeworks Studios dan WAU Animation berjaya meraih trofi kategori Best 3D Animated Kids TV Programme di ContentAsia Awards 2021. ContentAsia Awards merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf […]

error: Content is protected !!