Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas July 29, 2019 @ 3:17pm

Fathia Latiff Pilih Jadi Pengkid?

Lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Fathia Latiff mengaku rindu untuk kembali berlakon.

Kata Fathia ketika ditemui Xtra, selepas mendiamkan diri dari dunia lakonan dia mengimpikan watak sebagai pengkid di masa akan datang.

“Mungkin dengan penampilan berambut pendek pada masa ini, saya sedia membawakan watak seorang pengkid.

“Sebelum ini saya sudah membawakan watak perempuan kampung, orang susah, wanita bekerjaya. Cuma watak pengkid belum cuba lagi. Siapa tahu kalau ada tawaran, saya sedia menerima,”katanya optimis.

Enggan meletakkan noktah dalam bidang seni, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Ariana Rose kini melakukan percubaan dalam bidang nyanyian pula.

“Jujurnya saya memang suka menyanyi. Sebelum ini saya pernah hasilkan sebuah cover lagu soundtrack dari drama Isteri Luar Biasa. Ramai pengikut suka dengan kemampuan saya menyanyikan lagu-lagu popular.

“Lagu Jika Aku Tahu merupakan taruhan baharu saya buat pendengar, saya berharap lagu ini akan diterima baik di luar sana,” akhiri Fathia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 15 Mar 2025

Sebak! Peniaga Bazar Ramadan Terharu, AG Hot FM Bantu Habiskan Jualan Makanan -“Jelas Wajah Gembira Mak Saya”

Penyampai radio popular, Hot FM, AG mencuri perhatian apabila bertindak memborong kesemua juadah yang dijual oleh seorang peniaga wanita di bazar Ramadan.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Kes Cerai: Diana Danielle Kekal Pendirian Mohon Dilepaskan, Farid Kamil ‘Kunci Mulut’

“Cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah. Benda yang sama juga,” – Diana Danielle

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan

Sebelum ini Siti Eklizad juga pernah menjalani pembedahan membuang cyst seberat 4 kilogram

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022
error: Content is protected !!