Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 1, 2022 @ 4:08pm

Enggan Ulas Isu Artis Buka Tudung, Zizi Kirana Akui Kekal Istiqamah Satu Cabaran

Sudah menjadi satu norma dalam industri hiburan kebelakangan ini, apabila dikejutkan dengan berita selebriti wanita kembali tidak berhijab selepas sekian lama memakai tudung.

Menyedari perkara itu, penyanyi Zizi Kirana mengambil pendekatan untuk tidak mengulas, sebaliknya bersimpati dengan perkara tersebut.

Menurut Zizi, dia mengakui untuk kekal istiqamah adalah satu cabaran, malah dirinya juga mengambil masa untuk berhijrah sepenuhnya secara perlahan-lahan, sebelum ini.

“Sejujurnya, paling sukar untuk kekal istiqamah selepas bertudung. Disebabkan itu, saya mengelak untuk berbicara soal berhijab walaupun ramai bertanya mengenainya sejak awal lagi.

“Saya sendiri tidak melakukannya secara drastik, tetapi perlahan-lahan memakai hijab ketika Ramadan, sebelum membuat keputusan berhijrah sepenuhnya.

“Saya tak mahu melakukan sesuatu dengan cara mengejut. Paling penting, biarlah keputusan berhijrah dibuat atas kerelaan, bukannya desakan sesiapa.

“Mengenai tindakan segelintir artis membuka tudung, saya akui kasihan dengan mereka. Nak ulas panjang lebar pun kita tidak berada di tempat mereka dan tak tahu apa dugaan dilalui hingga terpaksa membuat keputusan seberat ini,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Zizi juga meminta masyarakat untuk tidak memberi tekanan, sebaliknya terus memanjatkan doa pintu hati mereka dibuka semula untuk berhijab.

Selain itu, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 37, juga menyatakan dirinya kini lebih teliti dari segi imej dan pemakaian demi menjaga batas sebagai seorang isteri.

“Apabila keluar rumah, saya perlu jaga maruah suami dan keluarga. Justeru, soal penampilan amat dititikberatkan setiap kali keluar rumah atau nak buat persembahan.

“Saya kena tengok apakah tudung dan pakaian bersesuaian ketika mengadakan persembahan. Alhamdulillah, saya sangat selesa dengan penampilan baru, tiada pula rasa rindu dengan imej lama,” jelasnya.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jul 2023
Trending Sun, 21 Aug 2022

“Rasa Kalau Tok Ram, Mau Dia Bakar Studio Ni”- Mokhzani Ismail ‘Pantang’ Dengar Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Awal minggu ini tular tentang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi, Baby Shima menerusi lagu Baby Sayang yang trending nombor satu di YouTube. Rata-rata wargamaya menyifatkan usahawan tersebut seorang yang […]

Hiburan Mon, 10 Feb 2020

Naim Daniel Julang #AJL34 Menerusi Sumpah!

Tahniah kepada semua pemenang!

Trending Fri, 19 Jul 2019

Sehari Seperiuk Nasi Untuk ‘Aida Jebat’

Aida Jebat dianggap sebagai sesuatu yang istimewa dan unik

Featured Fri, 13 Sep 2024
Featured Tue, 5 Aug 2025

Nabila Razali Hati-Hati, Kongsi Wajah Anak Sekadar Penuhi Permintaan Peminat – “Penyakit Ain Memang Tak Boleh Elak”

Tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan anak lelakinya terkena penyakit ain.

error: Content is protected !!