Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 15, 2025 @ 12:46pm

Sebak! Peniaga Bazar Ramadan Terharu, AG Hot FM Bantu Habiskan Jualan Makanan -“Jelas Wajah Gembira Mak Saya”

Penyampai radio popular, Hot FM, AG mencuri perhatian apabila bertindak memborong kesemua juadah yang dijual oleh seorang peniaga wanita di bazar Ramadan.

Menerusi perkongsian di TikTok, AG atau nama penuhnya, Muhammad Azmir Selamat, 45, kelihatan berjalan disekitar bazar Ramadan tersebut untuk mencari juadah berbuka sebelum tertarik dengan sebuah gerai makanan menjual makanan seperti ketupat palas, nasi goreng udang, nasi goreng pataya dan banyak lagi.

Tindakan AG memborong kesemua jualan tersebut untuk disedekahkan kepada pengunjung bazar disitu membuatkan peniaga wanita yang ditemani ibunya itu terkejut sekaligus meluahkan rasa syukur apabila AG sudi menghabiskan kesemua jualan makanannya.

@hotfm976_ Jelas wajah syukur Ibu ini, dan anaknya yang meniaga di Bazar Ramadan, selepas AG habiskan jualan mereka dan agihkan pada pengunjung bazar. Terharu dengan tindakan AG petang ni di Bazar 😭 Baru first time turun Bazar, dah buat amal pada peniaga si sini. #HotFM #BekpesHot #IndahkanMemori #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ♬ original sound – Hot FM

Difahamkan, ini adalah kali pertama AG turun ke bazar Ramadan untuk tahun ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap posting tersebut.

Malah, wanita yang didakwa anak kepada penjual gerai makanan tersebut juga turut meninggalkan komen balas pada hantaran video berkenaan.

“Alhamdulillah terima kasih abang AG bantu habiskan jualan di gerai saya hari ini. Jelas wajah gembira pada mak saya. Syukur sangat-sangat semoga dimurahkan rezeki selalu,” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tesebut telahpun meraih lebih 800,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Winnie K Realisasi Impian Ibu

Good Luck, Winnie K!

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Featured Sun, 28 Apr 2024

Demi Nafkah Anak-Anak, Hafidz Roshdi Kesal Individu Hina Pekerjaan 

Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

One FM「Crazy Rich One」送轿车又送现金奖

One FM在今年迎来十周年,为了感谢听众朋友这十年来的陪伴,One FM承诺将继续为听众带来更多的惊喜与欢乐!

Featured Wed, 4 Mar 2026

“Ramadan Ajar Kita Erti Sabar & Elak Lakukan Perkara Tak Baik”- Fazura Kongsi Pesan Ramadan Bikin Ramai Tersentuh

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura berkongsi refleksi mengenai pengertian Ramadan terhadap dirinya sekali gus mengingatkan orang ramai agar memanfaatkan bukan keberkatan ini dengan terus istiqamah.

Featured Tue, 24 May 2022

“Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Betul cakap Meerqeen, penonton nak tengok drama bukan nak tengok gimik…

Trending Fri, 20 Dec 2019
error: Content is protected !!