Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 13, 2019 @ 3:00pm

Winnie K Realisasi Impian Ibu

Kali terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2011, penyanyi Winnie K siap sedia untuk memeriahkan semula industri hiburan tahun depan.

Winnie ketika ditemui XTRA di majlis pelancaran album khas untuk Tahun Baharu Cina memberitahu projek ini adalah hadiah untuk ibu tersayang. 

“Ibu pernah bertanya kepada saya bila mahu keluar dengan album baharu. Soalan ini bukan hanya ditanya oleh ibu malah peminat yang mengikuti perkembangan saya sejak 20 tahun lepas lagi.

“Sebelum ini saya hanya tampil dalam album kompilasi bersama penyanyi lain untuk lagu tahun baharu cina. Ini membuatkan saya terfikir kenapa tidak saya keluar dengan album solo sendiri yang menampilkan kesemua lagu-lagu untuk perayaan,” katanya ketika ditemui di Suka Sucre Bistro, Cheras.

Akui Winnie, sesuai dengan tajuk album yang membawa maksud ‘Tahun Ini Lebih Bertuah’, dia berharap agar tahun 2020 membawa tuah kepadanya.

“Setiap hari saya berdoa agar ibu saya terus sihat dan saya juga diberi kekuatan untuk terus menjaga ibu. Kesemua adik beradik sudah berkahwin. Sebagai anak paling bongsu yang masih bujang, saya sedia menemani dan menjaganya sebaik mungkin,” kata penyanyi berusia 37 tahun ini.

Untuk rekod, Winnie K pernah merakamkan album Melayu, Kau Ada Di Mana pada 2008.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jul 2018
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Bukan Nak Tunjuk Hebat, Nourul Depp Tak Mahu Jadi Artis Bermusim

Saya harap, jangan tanya lagi fasal ini. Kalau ada persembahan, datanglah tengok. 

Drama Wed, 6 May 2026

“Penyondol Berkelas! Hanya Sarimah Ibrahim Boleh Hidupkan Watak ‘Wanita Simpanan’ Dengan Cara Berbeza” – Shuhaimi Lua

Watak Eva lakonan Sarimah Ibrahim dalam Bila Cinta Menjadi Dosa paling mencuri perhatian sejak drama itu ditayangkan di slot Lestary, TV3.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Anzalna Nasir Bakal Jadi Ibu, Tahniah!

Alhamdulillah…penantian Anzalna dan Hanif akhirnya terjawab. Syukur!

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Tue, 20 Jan 2026

Aktres Jelita Berstatus Ibu Tunggal Dikhabarkan Nak Berkahwin, Jejaka Brunei Jadi Pilihan?

Seorang aktres jelita berstatus ibu tunggal dikatakan bakal mendirikan rumah tangga.

Events Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Fri, 15 Sep 2023
error: Content is protected !!