Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 15, 2024 @ 11:45am

Tempoh Idah Dengan Bekas Isteri Kedua Selesai, Datuk Red Kenang Jasa Adira Suhaimi – “Terima Kasih Sayang Jadi Asbab Saya Dikenali, Boleh Berniaga…”

Usahawan, Datuk Red mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi sepanjang hampir 8 tahun menjadi isterinya.

Menerusi sebuah video di TikTok Story, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu berkata tempoh idahnya bersama Adira telah berakhir.

“Hari ini adalah hari terakhir saya idah dengan Siti Adira Suhaimi. Inilah dugaan saya.

“Tiga bulan lepas saya diduga dengan kehilangan kedua-dua isteri, hari ini dan semalam diduga habis idah untuk keduanya juga.

“Syukur Alhamdulillah, terima kepada mereka. Terima kasih kepada Siti Adira kerana menjadi isteri saya hampir lapan tahun,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berterima kasih terhadap jasa Adira yang banyak membantunya sehingga membuatkan dirinya dikenali dalam kalangan warganet.

Datuk Red turut sempat menitipkan doa kepada pelantun lagu Ilusi itu agar Adira terus dimurahkan rezekinya demi menjaga anak-anak mereka.

“Saya doakan dia semoga murah rezeki, sihat, panjang umur dan sebenarnya Adira adalah asbab saya dikenali sehingga dapat meniaga di TikTok.

“Kalau saya tak berkahwin dengan Adira, orang tak akan kenal saya. Banyak jasa dia kepada saya…Terima kasih banyak-banyak.

“Semoga dia teruskan kehidupan demi menjaga anak-anak saya. Insya-Allah, saya ada,” katanya dalam video berkapsyen ‘terima kasih sayang’.

Adira dan Datuk Red pula sah bercerai talak satu pada 24 April lalu.

Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan tempoh idah bersama bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafla juga telah selesai selepas mereka bercerai pada 14 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: Bekas Suami Tergamam, Adira Suhaimi Beri Hint Nak Kahwin Semula Dengan Datuk Red? –  “Kita Nak Dengan Awak Saja, Tapi Bukan Sekarang, Lama Sikitlah…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tindakan Spontan Datuk Red Cium Kepala Adira Suhaimi Buat Ramai Terkejut

Artikel Berkaitan: Hadir Majis Pertunangan Anak Saudara Datuk Red, Netizen Puji Sikap Matang Adira Suhaimi & Datin Red – “Respect Betul! Dua-duanya Terbaik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Akui Sedih, Yusof Haslam Baru Tahu Syamsul & Puteri Sarah Sudah Bercerai – “Kalau Ada Jodoh Boleh Berbaik Semula” 

Mereka bercerai talak satu, kalau ada jodoh boleh berbaik semula – Datuk Yusof Haslam

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Hebat! Elfira Loy Bawa Rakan Pengapit Terbang Ke Tianjin

Untung siapa yang dapat jadi brideamaid Elfira & Faris ni kan, dapat travel ke Tianjin!

Featured Thu, 20 Jun 2024

Sah Bercerai Talak Satu, Nora Danish Reda – “Sabar Itu Menenangkan Hati, Reda Itu Membahagiakan Hati”

Sedihnya tengok happy couple ni berpisah. Apapun doakan yang terbaik. Kalau ada jodoh inshaaAllah bersatu kembali😥❤️

Hiburan Mon, 15 Sep 2025

Status Ibu Tiri Bukan Beban, Amira Othman Sudah Bersedia Memikul Tanggungjawab

Kita doakan yang baik-baik untuk Fattah Amin, Amira Othman & Fatima ❤️

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Ramai Dakwa Fizi Ali Fitnah Shakilla Khoriri Isu Ganggu & Mandrem Suami Orang, Ini Respons Tuan Badan – “Aku Tak Masuk Campur!”

Alamak, kesian Fizi tak pasal-pasal nama dipetik penyebar emel fitnah Shakilla Khoriri pula hmm

error: Content is protected !!