Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 15, 2025 @ 12:52pm

Status Ibu Tiri Bukan Beban, Amira Othman Sudah Bersedia Memikul Tanggungjawab

Status ibu tiri bukanlah satu beban, sebaliknya penyanyi dan pelakon Amira Othman, 32, menganggap ia sebagai sebahagian daripada perjalanan berumah tangga.

Menurut Amira, dia sudah bersedia menghadapi apa jua keadaan selepas bergelar isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin, yang sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

“Bagi saya, siapa pun yang menjadi pilihan saya, tak kira status atau keadaan seseorang itu saya perlu terima.

“Begitu juga dengan Fattah yang memilih saya dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun mungkin saya tidak punya anak, tapi ada benda-benda lain yang saya harus terima.

“Bagi saya tidak ada masalah sebab itu adalah lumrah. Saya pun bukannya tak biasa dengan kanak-kanak dan harapnya semua baik-baik saja,” katanya kepada XTRA.

Mengulas mengenai fasa baharu sebagai seorang isteri, Amira mengakui ia datang bersama tanggungjawab besar, namun percaya semuanya akan dipermudahkan.

“Ia satu fasa baharu yang saya percaya dilalui oleh semua orang. Kalau tanya bersedia atau tidak, saya sendiri pun tiada jawapan itu.

“Tapi apa yang pasti setiap fasa baharu itu harus dilalui dengan baik. Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik,” ujarnya.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang pada malam Ahad. Pasangan itu sah bergelar suami isteri tepat jam 9.08 malam hanya dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah mereka disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan bapa pengantin perempuan sebagai saksi.

Lebih istimewa, majlis yang diberi nama Setulus Takdir: Fattah Amira turut disiarkan secara langsung melalui aplikasi Unifi TV 2.0 di saluran Inspirasi secara percuma.

Bermula 19 September ini, penonton berpeluang mengikuti program Setulus Takdir: Fattah Amira yang bakal bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Inspirasi, Unifi TV, program ini mengetengahkan detik-detik indah perjalanan baharu pasangan berkenaan sebagai suami isteri, termasuk momen akad nikah, percutian bulan madu, aktiviti kebajikan dan pelbagai kisah menarik lain.

Untuk makluman, Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fazura pada 27 November 2017 namun perkahwinan mereka berakhir pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 May 2026

Dari Pembantu Jurusolek Ke Pelakon, Imranul Effendy Bintangi Filem Arahan Pierre Andre – “Saya Minat Bidang Ini, Jadi Timba Pengalaman Sebagai Krew Terlebih Dahulu”

Imranul Effendy kini melebarkan langkah dalam dunia seni lakonan apabila tampil menerusi filem pertamanya, Nar’sata Sekutu Setan arahan Pierre Andre.

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Events Thu, 26 Sep 2019

SuperPark’s Bringing “Super” to Your SuperHalloween Experience With Promos to Die For!

Swap screams for laughter this Halloween at SuperPark Malaysia.

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Hiburan Mon, 25 Dec 2017

KHLOE KARDASHIAN FINALLY ANNOUNCES PREGNANCY!

The TV reality show star has been hiding her baby bump for quite a while now!

Hiburan Tue, 29 Oct 2019
Featured Fri, 13 Jun 2025

[VIDEO] Isteri Menangis Black Hanifah Hadiahkan Kereta Mewah – “Bukan Sebab Hari Istimewa, Tapi Dia Sendiri Adalah Istimewa”

Black beri hadiah berupa kereta mewah jenis Mercedes Benz-AMG GLC43 buat isteri tercinta.

Featured Thu, 27 Oct 2022
error: Content is protected !!