Euforia Bola 2026
#TriviaXTRA By: Atiqah Johari July 11, 2023 @ 2:08am

#TriviaXTRA: Suka Berangan Sebelum Tidur Tapi Kuat Menangis? Ini 3 Perkara Menarik Tentang Ernie Zakri!

Ernie Zakri atau pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri merupakan salah seorang penyanyi yang memiliki vokal yang mantap di Malaysia.

Ernie mula berkecimpung dalam industri nyanyian apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam program Bintang RTM pada tahun 2009.

Sebelum ini, penyanyi kecil molek ini juga merupakan seorang guru vokal dan kelas vokal anjurannya mendapat sambutan baik daripada orang ramai termasuk rakan artis.

Lebih membanggakan, Ernie pernah tercalon dalam anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Industri Muzik dan banyak lagi.

Bukan sekadar tercalon, Ernie juga berjaya merangkul anugerah vokal terbaik, lagu terbaik dan pelbagai pencapaian hebat lain.

Jadi, untuk #TriviaXTRA kali ini, Ernie Zakri berkongsi beberapa perkara yang ramai takt ahu tentangnya!

1. Bagitahu Orang Sebelum Nak Merajuk!

Ada ke yang sama perangai macam Ernie? Nak merajuk bagitahu siap-siap 🤣

“Saya suka bagitahu Syamel saya nak merajuk dulu. Maksudnya, saya akan cakap ‘B saya nak merajuk, dia kan okay B merajuklah. Saya nak bagitahu siap-siap supaya dia tahu kenapa saya moody satu hari”

Comelnya lahh Ernie ni kan 😍

2. Hati Tisu 😭

Sesetengah orang memiliki tahap sensitif yang tinggi. Kadang tengok kucing pun boleh berjurai air mata. Sama juga macam Ernie!

“Saya seorang yang penyedih. Saya seorang yang sangat sangat sensitif. Tengok gambar kucing pun boleh nangis, tengok gambar anak pun boleh nangis mungkin sebab dah jadi ibu-ibu”

Tapi, bila dah jadi ibu-ibu macam Ernie memang cepat emosional kan? Siapa tak sayang anak kan 🥹

3. Kena Berangan Sebelum Tidur?

Setiap orang mesti ada tabiat yang boleh dianggap pelik. Macam Ernie dia kongsi dia suka berangan sebelum tidur. Berangan apa tu?

“Sebelum tidur saya kena berangan dulu. Untuk buatkan saya tidur, saya akan berangan ‘Ernie Zakri next five years buat apa? Esok Ernie Zakri macam mana nak lalui hari-hari. Saya planning sendiri dalam kepala sampailah tertidur”

Sampai tertidur eh Ernie berangan. Tapi tak apa mana tahu sekarang berangan nanti jadi kenyataan! 🤲

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Jul 2025
Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

Featured Fri, 4 Nov 2022

“Jangan Bertahan Untuk Dilukakan & Disakitkan” – Nasihat Makan Dalam Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli tular mengulas berkenaan hubungan persekitaran di dalam kehidupan seharian @iddinramliiBerangkat dari kedukaan.♬ original sound – fiaa Iddin memberitahu kepada warganet menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di […]

Featured Mon, 21 Jul 2025

Selepas Mona Lisa, Alpha Terus ‘Meroket’ Dengan Single Kedua “P. Ramlee & Saloma”

Single pertama Mona Lisa sahaja dah cecah 250,000 tontonan di Youtube.

Featured Tue, 23 Mar 2021

Neelofa, PU Riz Dikhabarkan Bakal Berkahwin Hujung Minggu Ini?

Sama sama kita tunggu kenyataan rasmi Neelofa😍

Trending Thu, 19 Nov 2020

Muslim Pro TIDAK Menjual Data Kepada Tentera AS

Harapnya semua baik-baik sahaja

Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Tue, 19 Nov 2024
error: Content is protected !!