Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 26, 2022 @ 10:56am

[VIDEO] Usia Genap 30 Tahun, Khairul Aming Kongsi Suka Duka Perjalanan Hidup Buat Ramai Kagum

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila perkongsiannya di laman media sosial tular.

Menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 semalam, usahawan itu ada memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan kisah perjalanan hidupnya dari sebelum bergelar usahawan sehingga kini.

“Hari ini genap aku berusia 30 tahun, akhirnya dah masuk 3-series.

“Saya buat video ini untuk compile perjalanan hidup saya dari umur 20 ke umur 30.

“Sepuluh tahun yang penuh dengan macam-macam memori. Terima kasih semua kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya,” tulis Khairul di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, Khairul menceritakan perjalanan suka dan duka hidupnya dari usia 20 tahun yang begelar pelajar dalam jurusan kejuruteraan di UniversitI Vanderbilt, Amerika Syarikat sehingga bergelar usahawan.

“Selepas harungi 10 tahun yang dengan cabaran, kerja keras, kegagalan, kejayaan, kenangan manis dan pahit, semua tu aku sangat bersyukur dengan pengalaman dan rezeki yang ada pada hari ini sebab aku bukan kongsi seorang tapi aku kongsi dengan semua orang sekeliling aku.

“Dan untuk reward diri sendiri, aku nak banyak melancong, nak jelajah dunia luar sana dan buat lagi banyak content best dekat luar sana.

“Terima kasih semua kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya dan aku nak berterima kasih pada diri aku juga sebab tak putus asa dengan impian aku.

“Pada umur 30, saya nak ucapkan ‘happy birthday’, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, amiinn,” tutup Amin dengan penuh gembira.

Khairul Aming yang bermula dengan menghasilkan video masakan di media sosial kini telah berjaya menghasilkan lebih 7 juta jualan menerusi perniagaan sambal.

Video yang berdurasi lima minit itu ternyata sarat dengan kisah jatuh dan bangun insan bernama Khairul Amin Kamarulzaman ini sehingga menerima banyak reaksi positif daripada pengikutnya.

Perkongsian ini telah dihujani dengan pelbagai komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan gembira dengan pencapaian Khairul Aming selama sedekad, malah ada juga yang turut mengalirkan air mata melihat perjalanan hidup usahawan ini.

Sumber: Instagram khairulaming

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Events Fri, 21 Jun 2019

Giliran ‘Swan Lake’ Ke Kuala Lumpur, Jom Ke Istana Budaya Bermula 26-28 Julai!

Sebuah persembahan yang perlu ditonton, jom layari www.myticket.asia untuk pembelian tiket!

Events Sun, 29 May 2022
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

童缤毓:我本身有点敏感体质!拍摄片场灵异事件令拍摄阻滞重重

马中合资爱情惊悚电影《双生》1213上映;片场灵异事件令拍摄阻滞重重,童缤毓”我本身有点敏感体质!“

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Edika Yusof didakwa dah rujuk dengan bekas isteri, kapsyen curi tumpuan

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Semua Salahku’- Keluarga Jadi Punca Pelakon Baru Ini Berdepan ‘Masalah’ Disiplin?

Masalah keluarga jadi sebab pelakon baru ini dikatakan memberontak..

error: Content is protected !!