Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 16, 2024 @ 4:02pm

Lucu & Mencuit Hati… Jom Kenali Watak & Perwatakan Bintang Sitkom Jabatan Call Centre!

Sitkom terbaharu, Jabatan Call Centre yang sudah mula ditayangkan pastinya menarik minat ramai dengan kisah dan sketsa komedi yang menceriakan penonton.

Gelagat mereka yang lucu kerana bekerja di bawah syarikat yang sama pastinya akan mencuit hati penonton bermula pada 9 Ogos, setiap hari Jumaat, pada pukul 10.00 malam di TV3 atau strim di Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Penonton akan dihiburkan dengan barisan pelakon berpengalaman seperti Rita Rudaini, pelakon yang muda dan hebat seperti Izzue Islam, Andi Bernadee, Shiha Zikir dan bakat baharu Aya Amiruddin kerana keletah mereka bakal membuatkan penonton tidak kering gusi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Sebagai pelanggan, kita semestinya mempunyai pelbagai masalah atau konflik apabila membeli barang. Maka di sinilah munculnya JCC sebagai penyelamat yang akan menawarkan bantuan kepada pelanggan!

JCC menawarkan khidmat pelanggan yang menghadapi pelbagai isu ketika membeli tidak kira masalah kecil atau besar, JCC akan tetap cuba menyelesaikan masalah pelanggannya. Berjayakah mereka menyelesaikan segala konflik yang menimpa mereka?

Jom kita kenali selebriti yang membintangi Jabatan Call Centre:

Hidayah – Aya Amiruddin

  • Watak utama dalam sitkom ini dan menyelesaikan masalah bersama yang lain
  • Paling rapat dengan bos berbanding dengan yang lain
  • Energetik, tegas dan sentiasa mempunyai idea

Rozy – Rita Rudaini

  • Berumur 40-an tetapi kelihatan seperti 30-an
  • Sangat cerewet dan dipanggil “Ladyboss”
  • Berasal dari keluarga yang memiliki butik dan neneknya seorang tukang jahit
  • Setiap episod datang dengan pelbagai gaya dan fesyen dan suka dipuji
  • Suka bercuti ke sana sini
  • Mulutnya tidak celupar, tetapi kata-katanya penuh sindiran walaupun dengan senyuman
  • Sentiasa berjimat cermat dan tidak suka pembaziran, tetapi banyak bersedekah secara diam-diam

Engku Seri – Andi Bernadee

  • Lelaki maskulin, segak dan kacak, dikenali sebagai ‘seri’ kerana selalu kelihatan tampan
  • Setiausaha kepada Ladyboss Rozy
  • Pandai memasak dan suka memasak serta menjamu staf
  • Sensitif terhadap habuk dan kadang-kala menjadi cleaner untuk membersihkan kawasan pusat panggilan
  • Suka mengemas pejabat, menyusun fail bos dan membuat kopi untuk bos
  • Peminat drama Melayu dan sering pulang awal untuk menonton drama selepas Maghrib
  • Rapat dengan Bashira, sering berbincang tentang produk kosmetik, amalan pemakanan seimbang dan kesihatan

Bashira – Shiha Zikir

  • Receptionist, sentiasa berada di depan dan paling awal menjawab telefon
  • Seorang yang “blur” dan banyak belajar dari Hidayah
  • Sentiasa melakukan kerja-kerja kecil di pejabat seperti menyambut tetamu dan membersihkan kawasan pejabat
  • Suka make-up dan pandai berfesyen serta mempunyai maklumat tentang produk kosmetik Kadang-kadang membantu unit video membuat jualan langsung produk
  • Wanita dari Kuala Lumpur yang sangat meminati semua jenis sukan indoor dan outdoor
  • Minatnya terhadap sukan mempengaruhi cara pemakaiannya ke pejabat
  • Suka bersukan kerana kurang keyakinan diri
  • Mengaplikasikan taktik sukan dalam pekerjaannya di pusat panggilan

Zaharudin – Izzue Islam

  • Lelaki yang sentiasa rileks dan tenang, sebesar mana masalah tetap bersahaja dan percaya setiap masalah ada penyelesaiannya
  • Pakar dalam bidang teknikal, kemahiran komputer, membaiki tandas, elektrikal, kerusi meja dan sebagainya

Aya Amiruddin yang merupakan pempengaruh kini buat kali pertama akan memainkan watak utama di kaca televisyen sebagai Hidayah. Hidayah merupakan seorang yang energetik, tegas dan sentiasa mempunyai ideanya yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah. Hidayah juga merupakan seorang yang paling rapat dengan majikannya.

Majikannya pula, Rozy (Rita Rudaini) atau dipanggil dengan gelaran Boss Rozy merupakan seorang wanita yang sentiasa menjaga penampilan serta seorang majikan yang sangat tegas dengan pekerjanya. Rozy mempunyai seorang setiausaha yang” skema” (nerdy) , Seri (Andi Bernadee). Seri merupakan seorang peminat setia slot Akasia dan sangat menjaga kebersihan di pejabat.

Lebih terhibur apabila Shiha Zikir memainkan watak sebagai Bashira, seorang kakitangan (receptionist) yang sentiasa aktif. Minatnya dia terhadap sukan turut mempengaruhi dirinya dalam cara pemakaian ke pejabat dan pemikirannya yang menerapkan taktik sukan dalam menyambut panggilan di JCC.

Izzue Islam pula melakonkan watak Zaharudin, seorang lelaki yang sentiasa cool dan tenang. Pendirian Zaharuddin adalah sebesar mana pun masalah yang dialami, pastinya ada jalan penyelesaian. Zaharudin memainkan peranan penting dalam pejabat kerana kebolehan beliau pakar dalam pelbagai bidang seperti bidang teknikal, kemahiran komputer, membaiki tandas, elektrikal, bertukang dan sebagainya.

Di JCC juga, pelanggan tidak digalakkan datang untuk membawa barang yang bermasalah dan perkara ini telah ditegaskan oleh Rozy semasa mesyuarat. Rozy ingin mengajar semua kakitangan untuk mengelakkan pelanggan datang kerana semua proses pemulangan barang rosak harus dilakukan melalui pos sahaja.

Namun, terdapat juga pelanggan yang suka datang secara ‘walk-in’ ke JCC. Ingin mengetahui apakah yang bakal berlaku pada episod pembukaan? Adakah anda bersedia bergelak ketawa bersama keluarga?

Ayuh luangkan malam minggu anda melayani kerenah pekerja Jabatan Call Centre (JCC) yang bersiaran bermula pada 9 Ogos 2024, setiap hari Jumaat, pada pukul 10.00 malam atau strim di Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

Oki Setiana Dewi Dedah Tolak ‘Job’ Bayaran Tinggi Dari Jenama Disenarai Boikot

Oki Setiana Dewi tetap teguh dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Tue, 26 Nov 2019

Black is Back! Protege Aedy Kama Muncul Juara Minggu ke-7!

Akhirnya! Dari ‘bottom two’, kini juara mingguan! Hebat!

Trending Tue, 22 Jun 2021

“Jangan Letak Jangkaan, Mungkin Agak Kayu” – MK Ceburkan Diri Dalam Bidang Lakonan

Anggota kumpulan rap K-Clique, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, kini melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Menurut MK, dia teruja menceburi cabang seni baru selain nyanyian dan baru sahaja menjalani penggambaran sebuah […]

Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Trending Mon, 9 Mar 2020

[VIRAL] Hebat Dan Bertenaga! Atuk 103 Tahun Nikahi Gadis Usia 30 Tahun!

CINTA datang kepada seseorang tanpa mengenal siapa dan masa. Ini yang berlaku di Sulawesi apabila seorang lelaki berusia 103 tahun nekad mengahwini seorang gadis berusia 30 tahun! Lelaki yang dikenali dengan nama Muhamade ini berkahwin […]

error: Content is protected !!