Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 20, 2025 @ 12:47am

CSOIAM: Tiada Penyingkiran, Semua Peserta Berjaya Mara Ke Minggu Ke-6! Bakal Berduet Dengan Barisan Penyanyi Terkenal

Enam peserta pertandingan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) berjaya mara ke pusingan seterusnya yang bertemakan ‘Saling Menyengat Fizz Sangat’ di minggu ke-6.

Enam peserta iaitu Mary Grace, Zazzleen, Jimi, Mariam, Eylia dan Khai Deva masing-masing akan berduet bersama penyanyi artis popular seperti Marsha Milan, Amir Masdi, Shiha Zikir, Aisha Retno, Khai Bahar, dan Haqiem Rusli

Bagaimanapun, pasangan duet untuk semua peserta akan dimaklumkan kemudian.

Konsert minggu kelima CSOIAM dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Akim & The Majistret, seterusnya Naim Daniel di pertengahan program dan legenda, Datuk Francisca Peter sebagai penutup.

Program realiti nyanyian yang mula mencipta fenomena pada 2006 itu kembali disiarkan di TV3 bermula malam ini hingga 9 Februari tahun depan dengan format baharu.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini manakala Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan menggalas tugas selaku juri tetap.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 29 Jun 2025

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert

Featured Fri, 5 Jun 2026

“Pemergian Mengejut Paling Menyakitkan” – Aizat Amdan Masih Trauma Kehilangan Abang Tersayang

Aizat Amdan mengaku pemergian abangnya, Amir Amdan yang meninggal pada 14 Mei lalu secara mengejut ternyata memberikan impak besar terhadap dirinya.

Featured Fri, 19 Jul 2024

Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”

Ramai juga tanya pasal tatu ek. Sama ada pelekat atau kekal biarlah rahsia 👀😱

Trending Fri, 27 Nov 2020
Events Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Mon, 15 Oct 2018

‘ Lagu Allahyarham Peneman Jiwa Saya’, Menteri Kewangan Terkesan Kehilangan Saleem

Guan Eng menulis lagu-lagu nyanyian Saleem menjadi peneman jiwanya ketika aktif sebagai pemimpin pembangkang suatu ketika dahulu.

error: Content is protected !!