Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 8, 2025 @ 12:00pm

Enggan Minta Bantuan, Muaz Zabir Kerja Keras Cari Simpanan Duit Demi ‘Keselesaan’ Di Hari Tua – “Saya Ambil Iktibar Dengan Nasib Artis Veteran”

Pelakon, Muaz Zabir mengakui kini sedang berhempas pulas mencari rezeki supaya mempunyai simpanan yang mencukupi di hari tua.

Ketika ditemui XTRA, Muaz, 28, berkata keputusan tersebut diambil selepas mengambil iktibar dengan nasib beberapa artis veteran.

“Saya kerjaya ‘back to back’ untuk kumpul duit dan memastikan simpanan saya cukup untuk digunakan pada hari-hari tua.

“Saya ambil iktibar terhadap apa yang berlaku dengan nasib beberapa artis vateran. Saya tak mahu meminta sumbangan atau bantuan disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup nanti.

“Selagi saya mampu kerja di usia muda, saya akan kerja sehabis baik. Tidak kisah ‘job’ yang saya terima itu kecil atau besar, saya terima sahaja.

“Sekurangnya ada juga ‘income’ untuk saya membayar komitmen dan tambah dalam tabung simpanan,” katanya.

Muaz berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah drama arahan Erma Fatima yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Berkongsi lebih lanjut, Muaz turut memaklumkan dia berhasrat untuk mempunyai bisnes produknya tersendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya ada target sendiri, lagi lima tahun akan datang umur saya 33, jadi saya mahu ada satu perniagaan.

“Jenis perniagaan itu saya tak putuskan lagi, tapi memang nak ada satu bisnes. Kerana bisnes boleh dijadikqn ‘back up’.

“Kerja pelakon ini bukan setiap masa orang mahu gunakan khidmat. Contohnya lagi beberapa tahun akan datang saya tidak lagi relevan, setidaknya sudah ada perniagaan sebagai sumber pendapatan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Azhan Rani Gemar Bersendiri Di Kebun?

Pelakon ini juga antara yang dikenali sebagai artis low profile. Menurut Azhan, dia lebih suka duduk di tempat yang mendamaikan jika tidak ke set penggambaran.

Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Events Sat, 17 Nov 2018

Genting’s Arena of Stars Has Brand New World Class Sound System!

Now you can enjoy concerts in the Arena of Stars at a whole new level of awesome.

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Alhamdulillah! Jodoh masih kuat! Semoga berbahagia FK & DD

Events Sat, 26 Jan 2019

Gabungan Jaclyn Victor, Siti Nordiana Hangatkan Pentas Prelude AJL33

Wow! Kalau showcase prelude pun dah meremang bulu roma, apatah lagi kalau AJL33 nanti kan?

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Tue, 7 Apr 2026

Rindu Tak Terubat, Aliff Aziz Tunggu Saat Bertemu Anak-Anak – “Sebagai Ayah Saya Gembira Melihat Ayden & Ara Dalam Persekitaran Terbaik”

Aliff mengakui gembira melihat Ayden dan Ara berada kini semakin bahagia dan berada dalam persekitaran yang harmoni

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
error: Content is protected !!