Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 23, 2025 @ 9:40am

‘10 Malam Terakhir’ Singkap Keistimewaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton dengan perbincangan yang santai tetapi penuh inspirasi. Disiarkan secara langsung selama 10 hari terakhir Ramadan, program ini akan mengetengahkan pelbagai topik menarik serta perkongsian inspirasi yang mampu menyentuh hati dan memberi pengajaran.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 10 Malam Terakhir secara langsung yang penuh dengan manfaat, bermula pada 20 hingga 29 Mac 2025, pada jam 6.00 petang hanya di TV9 atau atau strim secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton. Alami sendiri momen-momen yang penuh inspirasi dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini!

Program ini menyajikan perbincangan santai mengenai pelbagai topik berkaitan Ramadan, dikemudi oleh hos utama, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, bersama Bell Ngasri sebagai pengacara bersama, yang akan membawakan kupasan menarik serta pengisian bermakna sepanjang program.

Setiap episod akan menampilkan barisan tetamu jemputan, termasuk selebriti, pendakwah, dan tokoh masyarakat yang akan berkongsi pandangan mereka mengenai topik-topik menarik seperti persiapan menyambut malam Lailatulqadar, pengurusan kewangan sempena Hari Raya, kepentingan zakat dan fidyah, serta kisah unik di sebalik tradisi Ramadan dan Aidilfitri. Antara selebriti yang bakal tampil dalam program ini ialah Faizal Tahir, Tomok, Sharifah Shahira, Ropie,, Ajai, Datuk Rashid Sidek, Datuk Ustaz Kazim Elias, Datuk Rosyam Nor, dan ramai lagi.

Selain itu, program ini turut menampilkan segmen istimewa, Selera Ramadan Nopales yang pasti menarik perhatian penonton dengan perkongsian menu ringkas dan mudah untuk sahur serta berbuka. Segmen ini sangat sesuai bagi mereka yang mencari hidangan cepat tetapi berkhasiat, terutama bagi yang sering mengejar masa. Setiap episod dari 1 hingga 10 akan mengetengahkan tema masakan yang berbeza, disertai dengan nasihat berguna bagi menjadikan Ramadan lebih bermakna.

Bukan itu sahaja, penonton juga boleh memenangi hadiah menarik iaitu jam azan digital menerusi Kuiz Jawab & Menang! Penonton hanya perlu jawab soalan yang diberikan dalam setiap episod dan hantarkan jawapan di ruangan komen Facebook dan Instagram TV9 Malaysia, lengkap dengan slogan paling kreatif. Pemenang bertuah akan diumumkan melalui media sosial, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk turut serta!

Dengan sokongan daripada Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai penaja, program istimewa ini bukan sekadar program bual bicara biasa, tetapi satu platform yang mengajak penonton untuk menghayati dan merebut keistimewaan sepuluh malam terakhir Ramadan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 10 Malam Terakhir dan sertai perbincangan penuh ilmu dan inspirasi setiap hari bermula pada 20 hingga 29 Mac 2025, 6,00 petang secara langsung di TV9 Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Usahawan Luah Kecewa, Rugi RM500,000 Akibat Selebriti Gagal Tunaikan Komitmen

Fadzil Ismail meluahkan rasa kecewa apabila beberapa artis dan pempengaruh yang telah dilantik bagi mempromosikan produknya gagal menunaikan tanggungjawab.

Featured Fri, 9 Dec 2022

“Kenapa Allah Hadirkan Kekecewaan?” – Ini Penjelasan Makan Dalam Iddin Ramli

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang sering tular dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah menjawab pertanyaan peminat berkenaan kekecewaan dalam kehidupan. @iddinramliiJemput datang pesta buku antarabangsa selangor di MBSA, Shah Alam. Sehingga Ahad 11 […]

Events Mon, 28 Jan 2019

Indulge in a Hyper-Reality Experience at The VOID

It is a VR experience like no other.

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

Along Eyzendy Kritikal, Isteri Maklum Mesin Bantuan Hayat Dijangka Dicabut Dalam Masa Terdekat

Along sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas mengalami demam serta batuk berpanjangan.

Hiburan Sun, 28 Jan 2024

Selalu Gosok Pakaian Sampai Berlubang & Terbakar, Ozlyn Tak Boleh Sentuh Seterika…. Nasib Baik Johan ‘Pro’!

Wahh… beruntung Ozlynn dapat suami macam Johan, dahla kelakar pandai gosok baju pulak tu!

Hiburan Fri, 18 May 2018

Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Cerai!

Apapun, diharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap punca ataupun masalah yang membawa kepada keretakan rumahtangga mereka.

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
error: Content is protected !!