Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 23, 2023 @ 4:14pm

Akui Tidak Iri Hati Sharnaaz Ahmad Ada Kekasih, Azira Shafinaz Doa Jumpa Jodoh Yang Baik – “Dia Layak Untuk Bahagia…”

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz tumpang gembira melihat Sharnaaz Ahmad bersama kekasihnya di sebuah majlis tayangan perdana baru-baru ini.

Menurut Azira, sebagai seorang sahabat, dia mengharapkan yang terbaik buat Sharnaaz dan mendoakan agar dia bertemu dengan jodoh yang baik.

“I always wish him the best dengan siapa pun dia keluar atau berkawan, saya rasa he deserves to be happy.

“Dia pun seorang single father, I am sure dia pun ada impian untuk ada keluarga of his own. Semoga berjaya dan semoga dapat jodoh yang baik-baik.

“I saw the video yang Sharnaaz pergi (tayangan perdana) Polis Evo, dan saya rasa baguslah. Saya tak ada perasaan nak iri hati sebab kami hanya berkawan.

“That’s why saya rasa kelakar bila orang tanya saya tentangnya. Saya pun jenis orang yang tak suka sibuk hal orang lain,” ujarnya semasa ditemui di sesi lawatan ke lokasi penggambaran filem Syerif di Bandar Malaysia, Sungai Besi, semalam.

Pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan Sharnaaz, Azira menafikan dan menegaskan mereka tidak lebih sekadar kawan.

“Biasalah sebagai seorang artis, orang akan tanya this type of question bila rapat dengan sesiapa. For me, saya jaga pergaulan.

“Kalau saya rasa saya ada sesuatu untuk dikongsi, saya akan kongsi. Selain itu, ia hanya spekulasi atau mungkin mereka (peminat) mahukan sebegitu. 

“Sebagai seorang artis, saya tak boleh nak tutup mulut semua orang,” katanya. 

Pertama kali membawa watak anggota polis dalam filem Syerif, Azira mengakui teruja kerana berminat dengan kerjaya itu sejak dari sekolah lagi.

“Ini pertama kali saya bawa watak polis dan rasa sangat seronok sebab sudah lama teringin mahu bawa watak aksi. Waktu saya masih sekolah, saya memang teringin mahu jadi polis. Sebab itu saya join club kadet polis. 

“Bila melakonkan watak Asp. Shazlin dalam filem ini dan menyarungkan pakaian seragam, saya rasa sangat bangga. Itu membuatkan saya terima tawaran untuk berlakon,” katanya lagi.

Filem Syerif yang masih menjalani penggambaran mengisahkan tentang anggota polis yang berjuang untuk menumpaskan kartel dadah ‘Meth Killer’ dan mereka saling berteka-teki siapakah yang menjadi dalang kerana kes mereka sering terlepas daripada proses undang-undang dan penghakiman. Filem arahan Syafiq Yusof ini dijangka menemui penonton tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Jun 2018

Will Malaysia’s Democracy Regress Like Our Asian Neighbours’?

History has a knack of repeating itself. Could this be a horrifying premonition for the future of our country?

Featured Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Kalau Orang Lain Boleh, Kenapa Tidak Saya?’…Delimawati Akhirnya Buka Mulut

Saya sahut cabaran diri demi peminat untuk lakukan hal yang saya tidak pernah lakukan.

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Gimik Untuk Popularkan Bidadari? Ismail Izzani Mula Bersuara…

Dalam masa sama, Ismail nafi mencipta kontroversi bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Bawa Watak Suami Baran & Kaki Curang, Netizen Hampir Pecahkan TV Akibat Geram Dengan Karakter Zamarul Hisham

Min geram sangat tengok Adam, laju je nak angkat tangan eh 🥵 Jangan lupa tonton Aku Tanpa Cintamu episode 7 jam 10 malam ini di TV3!

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Trending Tue, 7 Aug 2018

「世界最多毛女子」结婚啦!为老公愿意一直剃毛

这名来自泰国的17岁女孩 Sumatra Sasuphan 与一般人不同,出生时她的鼻孔只有一公厘宽,且身上还是长满毛发,连脸上都有……

Events Fri, 30 Aug 2024

5 Program Nyanyian Popular Yang Berjaya Mencungkil Bakat Bertaraf Antarabangsa!

Rancangan pencarian penyanyi bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat khasnya di Malaysia. Bertujuan mencungkil bakat terpendam setiap peserta, inisiatif rancangan ini diadakan adalah untuk mencari pelapis penyanyi-penyanyi berbakat dalam industri seni tanah air. Malah, […]

error: Content is protected !!