Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 19, 2024 @ 8:00pm

Tingkatkan Stamina, Ben Amir Giat Berlatih Nak Mendaki Everest Base Camp

Gemarkan aktiviti lasak serta mengembara, pelakon kacak Ben Amir kini giat membuat persiapan untuk mendaki Everest Base Camp.

Dijangka akan berangkat ke sana bulan hadapan bersama tiga orang rakan, Ben teruja dan kini banyak berlatih untuk menjadikan hasratnya sebagai realiti.

“Insya-Allah, jika segalanya dipermudah, saya bersama rakan-rakan akan ke sana bulan hadapan. Sekarang saya memang giat berlatih untuk menyiapkan diri. Nak pergi ke sana memerlukan stamina yang tinggi.

“Bayangkan, nak mendaki sahaja pun lebih kurang 12 hari dan kalau turun naik sampai 17 hari. Jadi, saya memang giat melakukan latihan mendaki dengan menggalas bag dan sebagainya.

“Saya juga berhasrat untuk merakamkan video sepanjang di sana untuk dijadikan vlog. Saya mahu menceritakan pengalaman serta perjalanan proses pendakian berlangsung. Mungkin itu boleh dijadikan rujukan untuk peminat serta pengikut saya,” katanya.

Ben ditemui XTRA pada sidang media pelancaran drama Bawah Payung Awan di Lumi Tropicana Damansara, baru-baru ini.

Bercerita mengenai wataknya dalam Bawah Payung Awan, Ben menjayakan watak Soleiman dalam drama bersiri adaptasi novel tulisan Liza Nur ini.

“Soleiman yang menjadi mangsa dera ayahnya sejak kecil keliru dalam mencari identiti diri setelah abangnya meninggal dunia semasa melarikan diri daripada pihak polis. Soleiman mempunyai dua orang kawan baik iaitu Widad dan Hanan.

“Dilakonkan oleh Nabila Razali dan Nelissa Nizam, Widad dan Hanan juga mempunyai masalah tersendiri. Saya berharap drama bersiri yang bersiaran di Viu ini mendapat sambutan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Tue, 23 Aug 2022

Dedah Punca Pemergian Abang Sulung, Uyaina Arshad Minta Orang Ramai Buat Pemeriksaan Kesihatan – “Kena Beringat Ajal Tak Kira Usia”

Allahu sebaknya 😭 Semoga Uyaina sekeluarga terus tabah hadapi ujian ini 😊Al-Fatihah buat Mejar Dr Mohd Attaful Uzair bin Arshad 🥀

Hiburan Thu, 23 May 2024
Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

Abang Nak Tegur 2.0 Cecah 3.75 Juta Di Youtube

Dato Sri Aliff Syukri dan Nur Sajat mula mendapat perhatian peminat apabila video lagu berkenaan ditonton 3.75 penonton di You Tube. Wow, ramai tu!

Trending Fri, 10 Jul 2020
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Bukan Saya Yang Songlap Duit RM70,000 Andi Bernadee” – Amir Hasan Terkejut Kena Serang Dengan Netizen

Penyanyi Amir Hasan mengakui terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai suspek kes songlap duit penyanyi dan pelakon Andi Bernadee. Semalam, Andi membuat laporan polis berhubung kerugian sebanyak RM70,000 yang dialami selepas ditipu oleh rakan baiknya sendiri. […]

Featured Fri, 6 Feb 2026

Cubaan Rembat Pekerja, Fiziwoo Sindir Siapa Tu?

Fiziwoo meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan yang disifatkannya sebagai tidak profesional

error: Content is protected !!