Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 26, 2021 @ 12:54pm

“Bukan Saya Yang Songlap Duit RM70,000 Andi Bernadee” – Amir Hasan Terkejut Kena Serang Dengan Netizen

Penyanyi Amir Hasan mengakui terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai suspek kes songlap duit penyanyi dan pelakon Andi Bernadee.

Semalam, Andi membuat laporan polis berhubung kerugian sebanyak RM70,000 yang dialami selepas ditipu oleh rakan baiknya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sudah Kacau Periuk Nasi Saya…” – Andi Bernadee Tak Sangka Kawan Baik ‘Songlap’ RM70,000

Selepas berita itu hangat diperkatakan, netizen mula ‘menyerang’ ruangan komen Instagram Amir.

“Ia bermula di TikTok. Ada pihak yang memuat naik sedutan temu bual Andi selepas membuat laporan polis berhubung kes terbabit. Selepas itu, di ruangan komen, ada pula netizen ‘petik’ nama saya dan perkara terbabit terus melarat sehingga akaun Instagram saya.

“Saya sendiri hairan kenapa saya menjadi mangsa. Bukan saya yang songlap duit Andi. Kami memang baik sebagai rakan artis dan kami juga bernaung bawah label sama, Warner Music tapi bukan saya orangnya.

“Saya sendiri ada berhubung dengan Andi dan dia juga pelik kenapa nama saya terkait dalam isu ini. Ramai yang terus menuduh tanpa usul periksa dan membanjiri ruangan komen Instagram saya,” katanya.

Tambah pelantun lagu Bicaramu itu, dia memohon agar warganet tidak terburu-buru dalam membuat tuduhan.

“Mereka mengeluarkan pelbagai perkataan yang kesat dan tak boleh diterima. Ada yang siap mengaitkan nama bapa saya, sedangkan bapa saya sudah meninggal dunia. Itu yang saya kesalkan.

“Saya faham dengan kuasa netizen tapi saya bukanlah orang yang dimaksudkan. Sebelum menyerang, selidik dahulu dan tak usah bertindak melulu,” katanya lagi.

Terdahulu, label yang menguruskan Amir dan Andi, Warner Music turut mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini.

“Kami di Warner Music Malaysia sebagai label pengurusan kepada penyanyi Andi Bernadee dan juga Amir Hasan ingin menyatakan bahawa Amir Hasan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes ‘Songlap Duit’ yang telah dilaporkan oleh Andi Bernadee semalam.

“Kes tuduhan terhadap Amir Hasan ini mula tular di TikTok apabila seorang pengguna TikTok telah menuduh Amir Hasan sebagai rakan yang telah ‘mencuri’ duit Andi dan akaun Instagram Amir telah di serang oleh sebilangan netizen yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan kenyataan ini, kami ingin menafikan penglibatan Amir Hasan terhadap kes ini seperti yang telah dituduh oleh sebilangan netizen

“Kami dari pihak Warner Music Malaysia mewakili Andi Bernadee dan Amir Hasan juga ingin berterima kasih kepada semua rakan media yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya mereka selama ini,” tulis kenyataan terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Aug 2025

“Pembuli Dia Tak Pernah Minta Maaf, Tapi Minta Bergambar” – Isteri Dedah Trauma Ubah Sikap Yonnyboii

Isteri mahu Yonnyboii jadi lebih tegas, berhenti jadi people pleaser

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Featured Sun, 17 Oct 2021

Ibu Kepada 9 Anak Dijatuhi Hukuman Gantung

Tular satu video apabila seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, […]

Events Fri, 17 Jan 2020

《彼岸之嫁》123上架!黄姵嘉爆田世广「肢障」 

Netflix华语自制原创影集《彼岸之嫁》1月23日上架;女主角黄姵嘉大爆料,指田世广「肢障」! 

Trending Tue, 11 Sep 2018

Gadis Jelita Dari Sarawak Larissa Ping Dinobatkan Sebagai Miss World Malaysia 2018

Dia akan mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 2018 Disember ini.

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Mawar Rashid Tidak Pilih Watak

Walaupun hanya memegang watak sampingan dalam drama Raisha 2 pada kali ini, nampaknya Mawar Rashid tetap memberikan yang terbaik buat peminat-peminatnya.

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Shuk Bakal Buka Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Mengakui rezekinya juga semakin bertambah sejak mendirikan rumahtangga tiga tahun yang lalu, Shuk percaya bahawa rezekinya itu datang daripada Isteri dan juga anaknya

error: Content is protected !!