Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 9, 2022 @ 10:15am

“Kenapa Allah Hadirkan Kekecewaan?” – Ini Penjelasan Makan Dalam Iddin Ramli

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang sering tular dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah menjawab pertanyaan peminat berkenaan kekecewaan dalam kehidupan.

@iddinramliiJemput datang pesta buku antarabangsa selangor di MBSA, Shah Alam. Sehingga Ahad 11 december 2022.

♬ original sound – fiaa

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Iddin memberi penerangan atas soalan yang telah diajukan iaitu mengapa Allah hadirkan kekecewaan kepada manusia?

“Kenapa Allah ciptakan kekecewaan? supaya manusia kembali menjadi hamba.

“Kadang-kadang kita ni bila senang tak diuji kita lupa dan sombong dengan Allah. Kita lupa yang Tuhan sebenarnya melihat kita, Tuhan nak sesuatu daripada kita, Tuhan nak ketaatan daripada kita.

“Tanpa kecewa kita sombong dengan Allah. Bila hadirnya kecewa dalam hati, kita ini akan kembali jadi hamba. Hari ini kalau kita sakit kepala, tapi kita makan ubah muntah elok tak?

“Tak! sakit kepala kena makan panadol lah. Ramai orang salah jalan dalam mencari bahagia, dia menyangka jalan yang dia lalu tu jalan yang terbaik. Sebenarnya, jalan yang Tuhan sediakan itulah jalan terbaik.

“Jika dia tak benar-benar mengenal Tuhannya maka dia tidak berlari mengejar cinta Tuhan untuk mendapatkan pemulihan pada hatinya. Sebab itu dia tak jumpa bahagia. Jalan bahagia cuma satu, ingat Allah, hati tenang, tenteram, dan bahagia. Tak mungkin tak bahagia kalau kita ingat Allah.” ucapnya.

Tinjauan di ruangan komen, warganet menzahirkan rasa sedih kerana leka dengan dunia dan ada juga yang berkongsi kisah hidup berdepan dengan pelbagai dugaan.

“Tapi saya dekatkan diri dengan Allah, kenapa orang benci sangat?

“Allahuakbar, tanpa aku sedar aku jatuh ni sebab Allah nak aku balik dekat dia semula. Terima kasih sebab sedarkan saya.” tulis netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 151,000 tontonan dan lebih 26,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Aug 2025
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Trending Wed, 11 May 2022

Dedah Wajah Baby Girl, Salama Samheizy Nama Anak Ketiga Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

Comel dan sihat anak perempuan Syatilla dan Shaheizy yang diberi nama Salama Shaheizy ini.

Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Ramai Dakwa Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?

Comel je Sweet Qismina niii 🥰 Betul ke mengandung? 👀

Trending Thu, 3 Jun 2021
Trending Sat, 28 Sep 2019

事实 VS. 媒体想让我们看到的模样

「资讯爆炸」的程度已经远远超过当初发明这个词的人们所能想像得了,而这样的环境下衍生了可怕的问题。

Agama Fri, 14 Jun 2024

Ustaz Don Direhatkan Terus Daripada Bersiaran

Hmm ketua pengarah luah rasa kecewa

error: Content is protected !!