Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2026 @ 8:35pm

Sering Jayakan Watak Suami & Bapa Orang, Hariz Hamdan Dah Ramai Penasihat Rumah Tangga

Walaupun baru berusia 24 tahun dan masih bujang, pelakon Hariz Hamdan sering menerima tawaran membawakan watak suami, bapa dan lelaki yang jauh lebih matang daripada usia sebenar.

Menurut Hariz, situasi itu bukan sesuatu yang baharu kerana sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan, dia sering digandingkan dengan pelakon yang lebih berusia dan diberikan karakter yang memerlukan kematangan emosi.

“Sejak mula berlakon lagi, kebanyakan watak yang saya dapat memang melibatkan karakter lelaki matang. Saya pun selalu digandingkan dengan pelakon wanita yang lebih berusia daripada saya.

“Saya masih ingat ketika berusia 19 tahun, saya pernah digandingkan dengan Julia Farhana yang ketika itu berumur 29 tahun.

“Mungkin faktor raut wajah dan cara saya membawa diri membuatkan ramai nampak saya lebih matang daripada usia sebenar. Kalau lelaki nampak matang lebih awal mungkin dianggap satu kelebihan, berbeza dengan wanita yang biasanya mahu kelihatan lebih muda,” katanya.

Menurut Hariz, cabaran sebenar bukanlah pada penampilan, sebaliknya bagaimana dia perlu menghidupkan watak seorang suami dan bapa tanpa mempunyai pengalaman sebenar dalam kehidupan berkeluarga.

“Saya belum pernah berkahwin dan tidak pernah melalui pengalaman menguruskan rumah tangga atau membesarkan anak.

“Dalam drama ini saya perlu mendukung bayi. Pada mulanya memang agak janggal kerana saya tidak biasa memegang bayi.

“Kebetulan kakak saya baru melahirkan anak. Jadi saya ambil peluang berlatih dengan anak saudara sendiri supaya nampak lebih semula jadi ketika penggambaran,” katanya yang kini mencuri perhatian menerusi drama Dendam Seorang Mertua.

Menurut Hariz, antara perkara paling menarik sepanjang drama tersebut bersiaran adalah reaksi penonton yang terlalu menghayati watak yang dibawanya.

Malah ada yang menegur secara berdepan dan memberikan pandangan tentang cara seorang suami sepatutnya bertindak dalam rumah tangga.

“Ramai yang marah dengan karakter saya. Ada yang kata Hariz terlalu mengalah dan nampak lemah apabila berdepan dengan Harlina.

“Bila keluar di tempat awam, ada juga yang menegur dan bertanya kenapa saya terlalu bersabar dengan watak itu.

“Kalau mereka mengikuti drama ini dari awal, sebenarnya setiap tindakan yang dibuat ada sebab dan latar belakang tersendiri,” katanya.

Lebih mencuit hati, Hariz turut menerima mesej peribadi daripada penonton yang seolah-olah memberi tunjuk ajar tentang kehidupan berumah tangga.

“Ada yang menghantar mesej dan berkongsi pandangan tentang perkahwinan. Saya baca sahaja semua nasihat itu.

“Bagi saya, itu menunjukkan mereka benar-benar mengikuti dan menghayati watak yang saya bawa.

“Kalau suatu hari nanti saya berkahwin, mungkin saya sudah ada ramai penasihat rumah tangga kerana setiap kali berlakon jadi suami orang, mesti ada yang tampil memberi pandangan,” katanya sambil ketawa.

Berkongsi pengalaman sepanjang enam bulan menjayakan naskhah terbabit, Hariz menganggap peluang bergandingan dengan pelakon senior seperti Datuk Yusry Abdul Halim dan Datuk Aaron Aziz sebagai pengalaman yang cukup berharga.

Katanya, dia pada mulanya berasa gementar kerana tidak pernah bekerja bersama Yusry sebelum ini, apatah lagi membesar dengan lagu-lagu kumpulan KRU sejak kecil.

“Apabila dapat tahu akan berlakon bersama Yusry, memang saya rasa gementar.

“Tetapi selepas bekerja bersama, saya dapati dia seorang yang sangat merendah diri dan banyak berkongsi ilmu.

“Sama juga dengan Aaron Aziz. Bila berada dalam satu set dengan pelakon yang mempunyai pengalaman luas, saya rasa masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

“Apa yang saya fikir ketika itu hanyalah bagaimana untuk memberikan persembahan terbaik dan tidak kelihatan kekok apabila berkongsi skrin dengan mereka,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Nov 2018

5个时尚悲剧「别人VS自己」

不知道各位少女们有没有这样的感觉,明明都是同样的单品,对方穿起来很好看,但穿在自己身上就很悲剧……

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”

Marissa berharap semua pihak menghentikan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Trending Sat, 17 Jul 2021
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Dilabel Perempuan Jahat, Fatin Afeefa Minta Wanita Tersebut Dedahkan Diri

Bagi membuktikan perkara yang sebenar, Fatin turut mencabar wanita tersebut agar mendedahkan dirinya kepada umum. Kerana, dengan hanya berbuat demikian sahaja dapat mengesahkan bahawa berita tersebut adalah benar atau sebaliknya

Trending Mon, 13 Jun 2022

“Saya Berdosa Urusan Saya Dengan Allah…” – Isteri Caprice Anggap Komen Negatif Seperti ‘Free Marketing’

Farra Inalis menganggap komen negatif sebagai free marketing perniagaannya.

Hiburan Thu, 8 Jun 2023

Tayang Mesej ‘Sweet’, Ameera Khan Sedang Angau Bercinta?

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian peminat selepas berkongsi gambar ‘screen shot’ perbualan rindu bersama seorang lelaki di Instagramnya. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), lelaki tersebut meluahkan rasa rindu dan ingin melihat wajah […]

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

“I Ate Cup Noodles for a Year…” – Nam Joo Hyuk Shares Difficult Past

It’s shocking that this prince-like man went through such hardship.

Featured Thu, 4 Aug 2022

Janna Nick Terima Komen L*cah Gara-Gara Tayang Gambar Betis

Yang kutuk kata betis atlet tu jahat eh!

error: Content is protected !!