Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 1, 2026 @ 2:25pm

Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”

Kemelut rumah tangga personaliti media sosial, Marissa Dania akhirnya menemui titik noktah apabila dia nekad meneruskan proses perceraian dengan suaminya, Ahmad Aslam.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi ini berkata, prosiding mahkamah sebelum ini ditangguhkan bagi memberi ruang kepadanya melengkapkan keterangan.

“Perbicaraan kes kelmarin ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan.

“Kami kini dalam proses berpisah dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai serta rujuk adalah cerai,” katanya.

Dalam masa sama, Marissa berharap semua pihak menghentikan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

“Saya harap tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak. Beri kami ruang dan jangan buat andaian yang tidak wajar,” katanya.

Isnin lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.

Sebelum ini, individu dikenali sebagai Ammar mendedahkan Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025.

Bagaimanapun, pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh bulan sama.

Untuk rekod, pada 10 Mac lalu, Ahmad Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah sama.

Terdahulu, pasangan itu pernah hadir ke mahkamah pada Mei tahun lalu bagi pengesahan pernikahan selepas bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan berkenaan mencetuskan perhatian apabila didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dedah Aslam Pernah Lafaz Taklik, Tampil Bongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami – “Saya Pernah Minta Pihak Sana Buat Laporan…”

Artikel Berkaitan: Isu Sijil Nikah Selesai, Peguam Tampil Jelaskan Kekeliruan Perkahwinan Aslam & Marissa Dania

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Mar 2024

Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Sebak pula tengok Abby Abadi ni. Da cukup dah dia bagi didikan agama kat anak-anak.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Lisa Surihani Jadikan Heliza Helmi Sebagai Inspirasi?

Kedua-duanya memang wanita hebat!

Trending Mon, 30 Jul 2018

Rancang Ke Lombok? Tangguh Dulu!

Rakyat Malaysia yang kini berada di Lombok pula diminta untuk terus berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengetahui perkembangan lanjut keadaan di sana.

Featured Fri, 19 Jul 2024

Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”

Ramai juga tanya pasal tatu ek. Sama ada pelekat atau kekal biarlah rahsia 👀😱

Hiburan Wed, 25 Dec 2024

Happy Asmara, Angga Chandra, Restu Van Houten & Poey Stings Kongsi Pentas Bersama Charly, Bakal Meriahkan Konsert Muzik Harmony Setia

Restu Van Houten, Poey Stings, Angga Chandra dan Happy Asmara bakal meriahkan Konsert Muzik Harmony Setia.

Featured Mon, 21 Apr 2025

[VIDEO] “Sejuk Perut Ibu Mengandung”- ‘Belanja’ Surah Al-Fatihah, Netizen Komen Bacaan Amir Ahnaf Merdu

Pelakon popular, Amir Ahnaf mencuri perhatian selepas sepotong bideo pendek tular di platform TikTok.

error: Content is protected !!