Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 31, 2026 @ 9:53am

Isu Sijil Nikah Selesai, Peguam Tampil Jelaskan Kekeliruan Perkahwinan Aslam & Marissa Dania

Isu perkahwinan personaliti media sosial, Ahmad Aslam dan Marissa Dania terus hangat diperkatakan apabila pelbagai spekulasi timbul mengenai status hubungan mereka.

Bagi meredakan kekeliruan, peguam mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri tampil memberi penjelasan menyeluruh, termasuk mengesahkan pasangan itu kini sudah memiliki sijil nikah yang sah selepas bernikah di Songkhla, Thailand.

“Kekeliruan yang pertama adalah tentang bila Aslam daftar nikah atau daftar lambat. Kalau diikutkan apa yang dia buat inilah proses paling cepat yang kita dapat laksanakan.

“Kalau ikutkan Aslam tidak boleh nak failkan apa-apa kes selepas daripada ini tapi kita berjaya untuk failkan.

“Nikah di Thailand sudah pun selesai dan sebenarnya, cerita itu telah pun ditutup. Pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak.

“Sijil nikah mereka berjaya peroleh. Kalau tiada sijil nikah mereka tidak dapat nak buat proses seterusnya,” katanya.

Ammar berkata demikian menerusi sebuah video di media sosial Aslam, pada pagi Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, pasangan itu semalam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Difahamkan, Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025, namun mereka kembali rujuk sebagai suami isteri dalam bulan sama.

Untuk rekod, pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 dipercayai tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, iaitu Umisya Mazlan serta keluarga, termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Apr 2025

Dr Maza Puji Karya Erma Fatima – “Hebat Bagi Sebuah Karya Seni Yang Berjaya Bakar Jubah ‘Walid’..”

Naskhah yang disifatkan sebagai ‘teguran’ itu menyebabkan ramai dalam kalangan ‘walid’ kini sudah mula berasa kurang senang.

Trending Thu, 5 Nov 2020
Trending Wed, 27 Jun 2018

Video of Rosmah Singing Ed Sheeran’s Perfect Going Viral

Oh, Najib also sang a couple of songs.

Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Netizen Mulut Pedas Tegur Sharifah Sakinah Menari Terkinja-Kinja Di Negara Orang

Semoga yang baik-baik sahaja buat Sharifah Sakinah 😇

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

PU Riz ‘Anak Emak’ ke?

Emak segalanya bagi saya.

Hiburan Thu, 7 May 2026

Jazmy Juma Mahu Cabar Diri Bawa Watak ‘Psycho-Thriller’ & Komedi – “Tak Mudah, Perlu Persediaan Banyak”

Jazmy turut mengakui setiap karakter yang dibawa memberi pengalaman berbeza dan banyak mengajarnya mengenai kehidupan.

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

“Saya Tak Kayu, Tolonglah Ambil Berlakon” – Faye Kusairi Akui Pengikut Sikit Punca Kurang Releven

Pelakon, Faye Kusairi berharap terus diberi peluang membintangi naskhah berkualiti meskipun mengakui dirinya tidak tergolong dalam kelompok artis dengan pengikut ramai di media sosial ketika ini. Menerusi perkongsian di platform Threads, Faye atau nama sebenarnya […]

error: Content is protected !!