Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin August 25, 2022 @ 7:39pm

“Tak Perlu Ajak Jadi Skandal Untuk…” – Pengalaman Bantu Nadia Brian Jayakan Watak Dalam Drama Suri Hati TV3

Pelakon Nadia Brian mengakui berdepan cabaran dalam menjayakan wataknya menerusi drama Suri Hati yang bakal disiarkan di slot Samarinda TV3.

Menurutnya, watak yang diberikan kali ini agak ‘berat’ kerana dia perlu membawakan pelbagai jenis emosi dalam tempoh satu hari penggambaran sahaja.

Malah, dia juga memerlukan waktu bersendirian untuk kekal fokus ketika penggambaran berlangsung.

“Cabaran sepanjang penggambaran drama ni bila… satu hari shooting tu, kita kena bawa pelbagai jenis emosi. Dan saya memang perlukan waktu untuk bersendirian dan nasib baik juga lah kawan-kawan saya masing-masing mainkan peranan.

“So, bila saya perlukan concentration lebih mereka  akan bagi peluang itu untuk saya. Jadi masing-masing tidak berebutataupun bagi masa untuk rakan lakon kita mendalami watak. So, yah… kawan-kawan dan pengarah juga sangat memabntu,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkata, walaupun beliau membawakan watak yang agak berat dalam drama kali ini, namun dia langsung tidak terbawa-bawa karakter tersebut di luar lokasi penggambaran.

Baginya, kelebihan ini adalah disebabkan pengalamannya ketika terlibat dalam kelas lakonan sejak berusia 17 tahun lagi.

“Alhamdulillah, sama sekali tidak. Memang akan ada orang yang terbawa-bawa tapi tidak saya. Saya tidak macam itu sebab saya tahu bondries tu.

“Kita kan budak acting school since 17 years old. So, kita dah block benda tu siap-siap,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai cara untuk mewujudkan ‘chemistry’ di antara rakan pelakon yang lain, Nadia memaklumkan, dia sama sekali tidak memerlukan waktu yang lama untuk mewujudkan chemistry tersebut malah, tiada istilah perlukan masa berdua atau ‘hangouts’ semata-mata mahu wujudkan keserasian.

“Sama juga, kalau orang tanya macam mana nak build chemistry dengan partner kena skandal atau tak? Jawapan saya tidak. Itu saya. Sebab bila you action you can like literally bagi je semua (lakonan dan watak yang dibawakan) itu bezanya lah.. Dan, Alhamdulillah, ia berkat kelas lakonan yang di dedahkan kepada saya sejak saya masih kecil,” kongsinya.

Selain Nadia, Drama 20 episod terbitan Million Pictures ini juga turut dibintangi pelakon hebat tanah air seperti, Puteri Sarah Liyana, Melanie Tan, Adriana Adnan, Shakilla Khoriri, Fahrin Ahmad dan ramai lagi pelakon hebat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Tujuh Tahun Berkahwin,Betty Banafe Kembali Solo…

Saya anggap antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman untuk terus hidup bersama.

Featured Tue, 2 Feb 2021
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Che Ta Mengaku Seronok Bila Dapat Melaram

Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun…

Featured Tue, 26 Aug 2025

Puteri Sarah Pilih Hidup Tenang, Tak Lagi Lantang Bersuara – “Dulu Saya Sendiri Perjuangkan Hak Wanita”

Katanya, isu lantang atau tidak, dia kini mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

Featured Wed, 7 Dec 2022

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.   View this post on Instagram   A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini […]

Events Sun, 23 Feb 2020
Hiburan Sun, 22 Oct 2023
error: Content is protected !!