Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 2, 2019 @ 4:59pm

Cinta Utuh ‘The Rock’

Siapa sangka pelakon terkenal Hollywood yang menjadi kegilaan ramai ini, sangat setia pada cintanya yang satu. The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson (47) telah berkahwin dengan pasangannya Lauren Hashian (34), seorang penyanyi dan produser muzik pada 18hb Ogos 2019 di Hawaii.

Hari bahagia The Rock dengan pasangannya Lauren Hashian di Hawa’ii

Keluarga bahagia Dwayne ‘The Rock’ Johnson

 

Pasangan ini bertemu buat pertama kalinya pada tahun 2006 semasa pelakon itu sedang di dalam penggambaran filem The Game Plan. Pada waktu itu, The Rock masih berkahwin dengan produser dan ahli sukan bina badan professional, Dany Garcia dan mereka mempunyai seorang anak bersama bernama Simone Alexandra. Pada tahun 2007, pelakon itu telah bercerai dengan Dany tapi beliau kekal menjadi pengurus kepada The Rock.

 

The Rock setia pada yang satu

Sejujurnya, The Rock dan Lauren sepatutnya berkahwin pada musim bunga 2018 tetapi mereka telah bersetuju untuk melambatkan perkahwinan mereka kerana Lauren sedang mengandungkan anak mereka yang kedua, Tiana Gia Johnson pada waktu itu. Setelah mengenali diri masing-masing selama 13 tahun dan mempunyai dua orang anak perempuan bersama, The Rock finally puts a ‘rock’ on Lauren’s finger.

 

Di Hollywood, hubungan dan perkahwinan yang kekal lebih dari 10 tahun dianggap satu pencapaian yang hebat. Terutama sekali bila pasangan seorang yang popular dan sering digoda peminat mahupun rakan artis yang lain,(lihat saja apa yang terjadi pada cinta tiga segi Brad Pitt, Jeniffer Aniston dan Angelina Jolie dahulu) tetapi ia tidak menjadi isu bagi The Rock. Beliau kelihatan amat mencintai Lauren dan menyayangi kedua-dua anak mereka Jasmine Lia dan Tiana Gia dan sering berkongsi momen-momen mereka sebagai sebuah keluarga bahagia dan tidak pernah mengabaikan Simone, anaknya dari perkahwinan pertama.  

 

Anak-anak adalah inspirasinya

Bukan sahaja seorang suami dan bapa yang hebat, Dwayne ‘The Rock’ Johnson juga disanjung sebagai salah seorang pelakon popular yang mendapat bayaran tertinggi di Hollywood! Filem terbaru lakonannya, Shaw and Hobbs telah mencapai box office dan hasil kutipan tayangan filem itu telah mencecah hampir 700 juta dolar Amerika di seluruh dunia.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Sep 2024

Mengaku Pernah Berkahwin, Hati Ustaz Wadi Annuar Masih Belum Terbuka – “Semalam Ada Orang Datang Meminang Saya”

Banyak betul Ustaz Wadi Annuar spill dalam podcast kalini!❤️❤️❤️

#ThrowbackXTRA Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Sun, 2 Sep 2018

录制第二首单曲《别说再等一下》李俊颉爆哭

疗愈系暖男歌手Victor李俊颉于今年中推出父亲节单曲《记得我爱你》意外地得到好评,如今乘胜追击再推第二首单曲《别说再等一下》。

Featured Sun, 14 May 2023
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Fazura’s Recent Live Performance Garners Massive Critique From Netizens

Should Fazura continue singing or should see just focus on her acting career?

Featured Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Wed, 11 May 2022
Hiburan Tue, 2 Jan 2018

“JAGA TEPI KAIN KAU SENDIRI LA MAK CIK BAWANG ! CILAKA! HANAT!”- FARA MENDOZA MEROYAN LAGI!

Kali ini Fara Mendoza sekali lagi tampil memulakan tahun 2018 dengan isu panasnya memakai baju melihatkan payudaranya

error: Content is protected !!