Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 10, 2023 @ 4:42pm

Saya Sudah Tak Ada Peluang Nak Tanya, ‘Adakah Kamu Bangga Dengan Saya?’ – Leona Luah Rasa Sedih Dengan Pemergian ‘Tok Pok’

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona meluahkan rasa sedih atas pemergian datuknya, Allahyarham Datuk Pahamin Rajab yang menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Ahad.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kasih Iris Leona atau lebih mesra dengan panggilan Leona meluahkan rasa penghargaan terhadap setiap perkara yang dilakukan arwah datuknya yang dikenali sebagai ‘Tok Pok’.

Malah, Leona bersyukur dan berterima kasih kepada Tok Pok atas kepercayaan yang diberikan kepadanya selama ini.

“Rasa macam tak percaya awak tiada lagi di sini. Saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan ini.

“Terima kasih kerana beri kehidupan yang baik dan sentiasa percayakan saya. Dalam hidup saya, saya hanya mahu anda berasa bangga terhadap saya tapi kamusudah tidak ada lagi di sini. Dan saya sudah tidak ada peluang untuk selalu bertanya ‘adakah kamu bangga dengan saya lagi?” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

 

Dalam hantaran yang berlainan pula, Leona sempat berkongsi beberapa video pendek menunjukkan momen manis keluarga mereka bersama arwah.

“Saya rindukan awa, dan akan sentiasa rindukan awak. Eternally!” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

 

Terdahulu, Azhar Sulaiman memaklumkan mengenai berita pemergian ayah mentuanya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Sekadar info, Datuk Pahamin Rajab merupakan bekas Pengerusi AirAsia Berhad dan pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.

Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

Takdir Satukan Elizad & Riezman

Filem TAKDIR, banyak pengajaran untuk pasangan suami isteri agar terus meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

Featured Tue, 23 May 2023

Shaheizy Sam Belanja ‘Six Packs’ Dalam Filem Atas Tuntutan Kerja – “Isteri Terpegun, Dia Suka Effort Saya Bila…”

Sam belanja six packs mereciks! Memang terbaik lah Inspektor Khai dalam Polis Evo 3!

Featured Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

“Ada Hikmah Disebalik Apa Yang Terjadi”- Bella Dally Kongsi Tips ‘Move On’

Bella Dally berkongsi tips ‘move on’ menerusi beberapa video di laman Instagramnya. Apa yang dikongsikan oleh Bella? Layari www.xtra.com.my

Hiburan Sun, 2 Jun 2019
error: Content is protected !!