Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 24, 2025 @ 5:56pm

Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun – “Sharnaaz Berjaya Pujuk & Beri Dorongan”

Pelakon versatil, Shukri Yahaya membuat kemunculan semula menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga, arahan Syafiq Yusof setelah lima tahun ‘berehat’ dari dunia perfileman.

Ketika ditemui XTRA, Shukri, 36, berkata selain teruja untuk bekerja di bawah arahan Syafiq, kehadiran rakan baiknya, Sharnaaz Ahmad, turut menjadi faktor utama yang mendorongnya menerima tawaran ini.

“Sudah lama saya tidak berlakon filem, dan saya anggap ini peluang terbaik untuk kembali. Lebih-lebih lagi, projek ini diarahkan oleh Syafiq Yusof, seorang pengarah berbakat yang saya kagumi.

“Sebenarnya, bukannya saya tidak mahu berlakon filem sebelum ini, tetapi kebanyakan tawaran bertembung dengan jadual drama. Kali ini, Sharnaaz sendiri yang memujuk saya, jadi saya cuba susun jadual sebaik mungkin dan akhirnya dapat terlibat,” katanya.

Shukri berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam majlis ‘meet and greet’ bersama barisan pelakon Blood Brothers yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Berkongsi lebih lanjut, Shukri menjelaskan bahawa dia mahu membuktikan kebolehannya dalam filem dan tidak mahu terus dikaitkan dengan watak dalam drama cinta dan emosi.

“Ada yang kata saya hanya sesuai bawa watak dalam drama. Bukan saya memilih, tetapi itu adalah rezeki yang datang.

“Jika selepas filem ini ditayangkan dan penonton melihat bakat saya dalam filem, saya bersedia untuk teruskan dalam bidang ini.

“Drama dan filem sangat berbeza. Dalam drama, saya sering bawa watak berkaitan cinta, keluarga atau kisah penuh emosi, tetapi filem memerlukan pendekatan lain,” jelasnya lagi.

Mendedahkan lebih lanjut, Shukri berkata sepanjang lima tahun tidak terlibat dalam filem, dia telah menolak lebih 10 tawaran yang diberikan kepadanya.

“Dalam tempoh itu, ada lebih 10 tawaran filem yang saya terpaksa tolak. Malah, ada beberapa tawaran yang saya kongsi dengan rakan-rakan pelakon lain, tetapi saya tidak boleh dedahkan siapa mereka.

“Saya percaya pada rezeki dan bersyukur melihat mereka berjaya membawa watak yang ditawarkan dengan baik,” tambahnya.

Selain Shukri dan Sharnaaz, Blood Brothers yang bakal ditayangkan pada 10 April ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh, dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Tue, 4 Jun 2024
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

AJL32 : SYAMEL ‘NERVOUS’ LIHAT PERSEMBAHAN FINALIS LAIN

Ketika ditanya sama ada Syamel akan meneruskan projek duet bersama Ernie lagi selepas ini, Syamel menyatakan kesudiannya jika diizinkan- Nya…

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Zulin Aziz Did Achey Justice, Winning RM10,000 Weekly Prize Again!

Will Achey be in the running to become the grand winner at this rate?

Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Featured Wed, 1 Oct 2025

“Senang Cakap Kalau Nak Tolong Orang, Tak Payah Nak Rekod.. Orang Miskin Pun Ada Maruah”- Aaron Aziz

Jelasnya, amalan bersedekah itu lebih bermakna jika dilakukan secara ikhlas tanpa perlu ditunjukkan kepada umum.

Featured Mon, 25 Apr 2022
Featured Thu, 24 Aug 2023

“Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

Rasa sedih pula bila tengok rakan rakan selebriti kesal dengan pengakuan Nad zainal 😢

error: Content is protected !!