Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 6, 2024 @ 10:30am

“Berhentilah Aliff, Nak Berpisah Buat Cara Nak Berpisah” – Ifa Raziah

“Berhentilah Aliff. Nak berpisah buat cara berpisah. Lepas Bella cara baik,” pesan selebriti dan usahawan Datuk Ifa Raziah kepada pasangan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah susulan isu rumah tangga mereka yang kian menjadi tumpuan.

Menurut Ifa, sebagai artis senior dia berharap penyanyi yang berasal dari Singapura itu perlu mencari jalan penyelesaian dengan segera agar situasi tidak bertambah rumit.

Malah, Ifa sempat berseloroh untuk menaja pelantun lagu Sayang Sayang Sayang itu sekiranya dia mahu berkahwin dengan mana-mana wanita yang terpalit dengan isu curangnya.

“Pergilah kepada mana wanita yang dicintai. Teruskan hidup dengan cara masing-masing dan perbaiki diri.

“Kerana masalah mereka dua, habis semua terpalit. Kita doakan mereka. Kahwin kan senang. Susah-susah pening kepala. Nak kakak taja, kakak taja kau kahwin nak?,” katanya.

Terdahulu, kekasih gelap Aliff yang berasal dari Singapura, Sarah Yasmine telah menggegarkan industri seni tanah air selepas nekad melondehkan satu persatu kegiatan curang pelakon itu bersama aktres Ruhainies.

Cakna dengan perkara itu, Ifa turut meluahkan rasa kesal apabila kontroversi melibatkan dua negara ini semakin hangat diperkatakan.

Ifa bagaimana pun berharap agar semua pihak yang terlibat dengan kontroversi kes curang Aliff itu berhenti bertengkar dan saling menyebarkan aib antara satu sama lain.

“Sebagai artis senior yang mempunyai pengalaman, saya dah lama berkarya dan banyak melakukan persembahan di Singapura.

“Apabila timbul kes sebegini jadi tak syok kerana ia melibatkan dua negara. Kita tak mahu buka aib masing-masing seperti ini diteruskan. Calar nama industri.

“Kepada individu yang terlibat, diam-diam sudah. Tak payah nak sebar. Kita tak nak ambil tahu sebab banyak lagi hal yang lebih faedah.

“Jadi berhentilah! Semua perempuan atau artis yang terlibat, tolonglah buat laporan polis. Kita pun nak cari makan di Singapura,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Mar 2018

Dr. Pimple Popper to Have Her Own Pimple Popping Show!

Now all ‘popaholics’ can catch a glimpse of her working her magic on a bigger screen.

Kisah Viral Thu, 15 May 2025
Trending Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Trending Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] “Tak Menyesal Ke Tak Pergi Konsert Aina Abdul?” – Soalan ‘Sempoi’ M Nasir Buat Ramai Terhibur!

Sempat bergurau pula Datuk M Nasir ni, legenda kan mana boleh missed konsert beliau!

error: Content is protected !!