Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2024 @ 7:20pm

21 Hari Da’i Syed Dipenjara, Hana Ismail Enggan Ulang Peristiwa Hitam Besarkan Anak Seorang Diri – “Tabik Dengan Wanita Jadi Ketua Keluarga”

Isteri kepada pendakwah sensasi, Da’i Syed iaitu Hana Ismail enggan lagi mengulangi peristiwa gelap dalam kehidupannya yang terpaksa menjalani fasa berpantang bersendirian selama 21 hari.

Hana atau nama lengkapnya, Nurul Hana Ismail, 37, berkata demikian bagi merujuk kepada kes berhubung suaminya, Da’i Syed yang dipenjarakan selama 21 hari atas kesalahan jenayah merogol.

“Kepada wanita di luar sana yang menjadi nakhoda dalam kapal, dialah ayah dialah ibu, saya faham perasaan itu sebab selama 21 hari itu saya melaluinya.

“Kalau boleh saya tidak mahu ulang semula 21 hari itu. Saya berdoa tak terjadi juga perkara sama kepada wanita lain,”.

Hana meluahkan isi hatinya itu menerusi temu bual bersama sebuah pusat berpantang yang dikongsikan di Instagram.

Dalam video temu bual sama juga, Hana turut mengulas mengenai pendapat sekiranya dia ditakdirkan menjadi ibu dan ayah dalam masa sama.

“Subhanallah, saya kira semua wanita atau ibu tidak mahu perkara itu terjadi. Tak ada wanita yang hamil dan melahirkan anak mahu membesarkan cahaya mata seorang diti kerana figura seorang ayah dalam keluarga sangat besar.

“Sebenarnya, kalau tanya secara peribadi kepada wanita tiada seorang nak jadi nakhoda dalam kapal, tapi apa-apa pun kita kena persiapkan diri juga.

“Saya tabik dengan wanita yang terpaksa menjadi ayah dan ibu dalam keluarga.

“Ia tak mudah sebab kita kena ada sistem sokongan yang sangat bagus. Kadang-kadang sistem sokongan ini tak semestinya datang daripada dalam keluarga,” katanya.

Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor selepas didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominum, lima tahun lalu.

Namun begitu, Da’i Syed dilepaskan sementara selepas 21 hari dipenjarakan dan kes akan bersambung pada 5 November ini.

Sekadar info, Da’i Syed dan Hana berkahwin pada 3 Disember 2022, dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Selepas 21 Hari Meringkuk Dalam Penjara, Da’i Syed Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara Tunggu Rayuan

Artikel Berkaitan: Siap Ajak Pergi Dubai, Da’i Syed Didakwa Ganggu Wanita Berstatus Isteri Orang Ketika Hana Ismail Sedang Hamil?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Trending Wed, 31 Mar 2021
Trending Sun, 20 Jan 2019

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

Hiburan Mon, 3 Feb 2020

KANG GARY Dedah Punca Hilangkan Diri Daripada RUNNING MAN

Teringat masa Gary kena gosip dengan Ji Hyo dahulu.

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Arena Wan Asah Bakat Nyanyian, Mula Terima Tawaran Drama Muzikal

Arena Wan kini mengasah vokal dan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Trending Fri, 19 Jun 2020
Featured Mon, 5 Feb 2024
error: Content is protected !!