Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 30, 2024 @ 12:03pm

Isteri Masih Dalam Pantang, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Atas Dakwaan Merogol

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

Turut menemaninya adalah isteri, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu dan kemudian memeluk wanita itu.

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu daripada tuduhan tersebut tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

“Ibu Bapa Saya Tak Halang Kalau Jodoh Saya Wanita Islam, Mereka Cuma Risau Bila….’ – Andy Teh

‘Mereka risau bila dah tiada macam mana saya nak sembah doa untuk ibu bapa’ – Andy Teh

Events Thu, 10 May 2018

Selebriti Teruja Tengok Persembahan Bruno Mars Live In KL

Konsert penyanyi terkenal, Bruno Mars di Axiata Arena, Bukit Jalil berlangsung dengan meriah walaupun keputusan pilihanraya belum diketahui lagi

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Cempedak Punya Pasal, Umie Aida Dikejarkan Ke Hospital

Terdahulu, video berdurasi 17 saat yang dimuat naik Umie di Instagram memaparkan suaminya menggendong turun dari tangga masuk ke dalam kereta tular di media sosial.

Trending Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Mon, 13 May 2024
Hiburan Wed, 5 Mar 2025
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

SUARA FATHIA LATIFF NOT BAD?

Fathia Latiff mempunyai ton suara dan karakter tersendiri untuk bergelar sebagai seorang penyanyi. Malah, beliau juga mengakui sudah mempunyai lagu yang sesuai untuk pelakon kontroversi itu

error: Content is protected !!