Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 10, 2022 @ 6:47am

Amang Seksual Fizikal Remaja Lelaki Bawah Umur, Selebriti Lelaki Ditahan Polis – “Dipercayai Menggunakan Kaedah Memujuk, Mangsa Trauma!”

Selebriti lelaki berusia 40-an direman enam hari untuk membantu siasatan bagi kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Selebriti itu ditahan polis kelmarin dan dibawa ke Mahkamah Klang semalam untuk permohonan tahanan reman.

Memetik laporan Harian Metro, perbuatan jijik selebriti itu ‘kantoi’ selepas beberapa remaja yang mendakwa menjadi mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Semua remaja itu dikenali suspek dan dia dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

“Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber / Kredit Foto: Harian Metro / NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Tue, 25 Feb 2025

“Cukuplah Sederhana, Asal Sejiwa” – Erra Fazira Impikan Pengakhiran Rumah Tangga Yang Tenang

Erra Fazira impi perkahwinan terakhir yang membawa kepada kebahagiaan

Events Thu, 6 Mar 2025

Bantu Golongan Memerlukan, Media Prima Berhad & Nestle Malaysia Agih 1,300 ‘Kotak Rezeki Dari Hati’

Inisiatif ini tuut mendapat sokongan ramai pihak dan jenama Lokal.

Trending Mon, 30 Dec 2019
error: Content is protected !!