Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina March 18, 2020 @ 9:15am

COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Sepertimana diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tarikh 18 Mac 2020 hingga 31 Mac merupakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula berkuatkuasa di seluruh negara susulan wabak COVID-19 yang sedang menghantui dunia ketika ini.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, rakyat yang didapati melanggar arahan atau  didapati berkumpul dalam mana-mana keramaian, walaupun sudah diarahkan untuk mematuhi garis panduan PKP, akan berdepan hukuman dua tahun penjara!

Sekiranya seseorang ditangkap untuk kali kedua melanggar arahan sama, tempoh penjara dinaikkan kepada lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membendung pergerakan di seluruh negara sekali gus dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Terkandung Dalam Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menegaskan, perkara itu terkandung dalam Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 

 

Kata KKM, ramai yang bertanyakan sama ada boleh atau tidak untuk mengadakan majlis walimatulurus atau resepsi perkahwinan, tahlil, kenduri dan sebagainya pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula hari ini.

“Jawapannya TIDAK dibenarkan. Kerana ia adalah satu perhimpunan sosial,” memetik kenyataan kementerian itu pada Selasa.

 

Ikuti Garis Panduan MKN

Sebagai usaha membendung penularan virus itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan garis panduan peraturan yang perlu dipatuhi. Mesej penting ini perlu disebarkan kepada khalayak supaya virus ini dapat dihapuskan segera.

Selain daripada berkenaan majlis kenduri kahwin, banyak lagi soalan yang sering diajukan (FAQ) dalam memahami garis panduan peraturan PKP ini. Antaranya, termasuk mengenai operasi premis perniagaan, pergerakan individu semasa tempoh itu dan bermacam-macam lagi.

 

 

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama.

Sumber: Twitter Majlis Keselamatan Negara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Mar 2022

Ini 7 Sebab Kenapa Kami Suka Corvan 2-in-1 Vacuum & Mop K18, Sangat Memudahkan Urusan Harian!

Bila sebut tentang vakum tanpa wayar atau cordless vacuum mesti ramai yang dah tahu seberapa bagus dan bagaimana ia boleh memudahkan kerja-kerja mengemas. Tak payah dah nak tarik wayar panjang-panjang dengan bunyi bising sampai menggangu keselesaan orang […]

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] PU Riz ‘Buka Mata’ Neelofa Erti Kesyukuran & Keberkatan Rezeki Dalam Kehidupan 

Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur – Neelofa

Trending Thu, 6 Aug 2020

Permohonan Lanjutan Moratorium Bermula Esok

Boleh pergi ke bank bermula esok!

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Sun, 20 Jul 2025

[VIDEO] Gayat Naik Cable Car, Netizen Kritik Tindakan Nelydia Senrose Peluk Lengan Hariz Hamdan

Netizen kecam tindakan Nelydia Senrose peluk lengan Hariz Hamdan gayat naik cable car

Hiburan Sun, 2 Feb 2025
error: Content is protected !!