Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 16, 2020 @ 6:09pm

Talian Kasih terima 135 panggilan aduan keganasan rumah tangga

Talian Kasih yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) menerima sebanyak 135 aduan membabitkan keganasan rumah tangga sejak Kerajaan mengumumkan mengenai pembukaan talian itu, 13 April lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah aduan melebihi 100 panggilan itu membuktikan isu keganasan rumah tangga perlu diberi perhatian serius meskipun negara sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. Foto: BERNAMA.

Beliau berkata, orang ramai khususnya jiran juga boleh memainkan peranan untuk membantu wanita atau kanak-kanak yang mungkin didera.

“Kerajaan memohon kepada orang ramai supaya terlibat sama dalam membantu kerana mungkin wanita yang terbabit dalam keganasan rumah tangga itu ada yang tidak berani untuk membuat aduan atau mungkin telefon mereka dirampas, justeru mereka tidak mempunyai ruang untuk membuat aduan.

“Orang ramai terutama jiran jika terdengar sesuatu yang menghairankan di sebelah rumah mereka, boleh membuat aduan ke Talian kasih,” katanya pada sidang media berkenaan pelaksanaan PKP yang berlangsung di Putrajaya, di sini , hari ini.

Talian Kasih diaktifkan semula bertujuan menangani keganasan rumah tangga yang dilaporkan meningkat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan – gambar hiasan. NSTP/ Fariz Iswadi Ismail.

Selain aduan keganasan rumah tangga, Talian Kasih diwujudkan bagi menyedikan ruang kepada masyarakat untuk membuat pertanyaan ataupun permohonan berkaitan aspek kebajikan dan sosial di bawah KPWK

Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malasyia (PDRM) akan mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan yang diterima menerusi Talian kasih.

Laporkan kepada pihak polis jika mendapat tahu berlaku keganasan rumah tangga di kejiranan anda – gambar hiasan. Foto: NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana talian ini disambungkan terus kepada PDRM dan setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan segera oleh PDRM ,” katanya,

Talian Kasih boleh dihubungi menerusi nombor 15999 ataupun menerusi mesej pesanan ringkas menerusi talian 0192615999.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Featured Wed, 25 Jan 2023
Trending Tue, 26 Jun 2018

世界上竟然有这么美的树!果实高达40种

你相信世界上有这么美的树吗?

Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Trending Thu, 24 Jun 2021

Wajib Baca… Ini 5 Petua Perubatan Bagi Pesakit Diabestis Yang Perlu Anda Ketahui!

Diabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang. Setiap pesakit kencing manis wajib tahu pengurusan diabetes yang betul seperti pengamalan tabiat pemakanan dan kehidupan yang aktif agar tiada sebarang komplikasi serius akan […]

Trending Wed, 24 Feb 2021

[EKSKLUSIF] G Dragon & Jennie BLACKPINK Jalin Hubungan Cinta

Wow! G- Dragon & Jennie BLACKPINK ❤

Trending Wed, 7 Nov 2018

Safiq Rahim Minta Netizen Henti Spekulasi Pengundurannya

Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali.

error: Content is protected !!