Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 6, 2024 @ 8:19pm

Pernah Jumpa Pakar, Sophia Albarakbah Penat Jadi Mangsa Buli Siber – “Tipulah Kalau Tak Terkesan…”

Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui sehingga kini masih menjadi mangsa buli siber di media sosial.

Aktres sensasi ini tidak menafikan dia sedang berlawan dengan perasaan dan emosi diri sendiri untuk tidak terkesan dengan pembuli yang tidak henti menganggunya.

“Sampai sekarang masih lagi berlaku (dibuli) tidak kiralah saya buat salah ke tidak, orang tetap buli saya tanpa tahu apa sebabnya. Mungkin saya dilihat seperti kuat tapi sebenarnya tidak.

“Saya sudah lalui macam-macam tapi saya masih mencuba sehabis baik untuk tidak terlalu terkesan dengan pembuli.

“Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” katanya.

Sophia Albarakbah

Ketika ditemui XTRA, Sophia berkata gangguan buli siber itu pernah membuatkan dirinya terlalu tertekan sehingga berjumpa dengan pakar.

“Saya pernah down tapi Alhamdulillah, saya ada keluarga dan rakan-rakan yang menjadi pendengar dan tempat luahan.

“Kerana terlalu tertekan saya pernah pergi berjumpa terapi tetapi saya suka kerja jadi saya paksa diri untuk terus kuat,” tuturnya lagi.

Sophia berkata demikian ketika ditemui di Kuala Lumpur Fashion Week pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Sophia yang pernah terkait kontroversi bersama aktor, Aliff Aziz sebelum ini menitipkan pesanan kepada netizen untuk beradab sebelum meninggalkan komen negatif di media sosial.

“Saya harap netizen berhati-hati dalam meninggalkan komen. Saya tak tahu kenapa mereka bertindak seperti itu sebab dengki ke tapi apa-apa pun alasan harapnya mereka berhenti kerana ia bukan sesuatu yang baik.

“Buli bukan perkara yang kecil ia sesuatu yang serius sebab ia membawa kepada emosi dan kesihatan mental. Kalau orang mental tak kuat ia akan beri kesan yang buruk. Boleh jadi akan tertekan dan bunuh diri,” katanya.

@xtra_my

Saya harap netizen berhati-hati dalam meninggalkan komen – Sophia Albarakbah #fyp #xtra #sophiaalbarakbah #buli #mangsa #beritatiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: Mengaku Trauma Bercinta… Sophia Albarakbah Suka Lelaki Jujur, Tak Curang

Artikel Berkaitan: Tak Selesa Beri Kenyataan Isu Aliff Aziz, Sophia Albarakbah Jarang Baca Gosip Hiburan

Artikel Berkaitan: Label Aktres Acah ‘Bidadari’… Sarah Yasmine Minta Sophia Albarakbah Henti Putar Belit Cerita – “Sekarang Ni Dua-Dua Nak Jadi Penipu!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Pergh! Tak Sangka Suara Fatin Afeefa Power Macam Ni

Tak sangka suara Fatin Afeefa sedap macam ni?

Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

HaHa and Byul are Expecting Their 3rd Child!

Congratulations to the couple!

Events Mon, 18 Apr 2022

#JusticeForBella: Rina Harun Sedia Menghadap TMJ

Sejak kes perbicaraan terhadap pengabaian dan penderaan adik Bella mendapat respon daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,  ramai pihak turut mendesak agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun […]

Hiburan Thu, 7 Aug 2025

Pemergian Song Young Kyu, Drama ‘The Defects’ Keluarkan Kenyataan Rasmi

Penonton boleh turur menyaksikan drama bersiri ini di Tonton.

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

#AltimetAir Jelajah Terakhir Altimet?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang semakin dikenali menerusi lagu Air ini. Altimet mengakui menyimpan hasrat dan impian untuk menghiburkan peminatnya sebelum beliau bersara pada 27 November ini diusia beliau 40 tahun

Hiburan Fri, 14 Mar 2025

[VIDEO] Kenyataan Suami Baru Bonda Rozita Tentang Viral Raih Tumpuan – “Seronoklah, Orang Tahu Siapa Saya”

Bonda Rozita tanya suami baru mengenai kisah rumah tangga mereka jadi viral

Hiburan Sun, 26 May 2019
error: Content is protected !!