Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 9, 2023 @ 3:00pm

Mia Sara Akui Ketinggian Dan Saiz Badan Punca Tawaran Lakonan Terhad – “Sejujurnya, Saya Penat…”

Pelakon Mia Sara Nasuha mengakui ketinggian dan saiz badannya yang masih kelihatan seperti kanak-kanak menjadi salah satu punca dirinya kurang mendapat tawaran lakonan.

Menurut Mia, dia sudah lali dan penat untuk menjawab segala persoalan berkenaan umur dan ketinggiannya meskipun kini dia sudah berusia 19 tahun.

Malah, Mia turut mengatakan dirinya akur setiap kali berdepan dengan perkara itu dan nekad untuk bersuara.

“Sejujurnya, saya penat juga menjawab apabila orang bertanya mengapa saya tidak besar-besar namun saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

“Saiz tubuh dan tinggi saya memang begini, jadi saya terima dengan hati terbuka. Jika diikutkan, pada usia ini saya sudah boleh membawa watak yang lebih dewasa, namun hendak buat apa lagi kan?

“Jadi jika diajukan mengenai tawaran lakonan, memang tidak dinafikan agak terhad. Jika ada tawaran, pasti saya boleh buktikan peralihan usia itu,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon itu berharap agar penerbit dan pengarah dapat memberikan kepercayaan untuk dirinya memikul pelbagai watak meskipun ketinggiannya hanya 149 sentimeter.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Jul 2025

“Reels & Video Islamik Adalah Sumber Kekuatan” – Neelofa

Mungkin boleh follow tips Lofa ni okay!

Featured Fri, 28 Jul 2023
Hiburan Mon, 17 Jun 2019
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Tue, 16 Jul 2019
Hiburan Fri, 10 Nov 2017

大马演员钟玉芳入围《亚洲电视大奖》戏剧类最佳女主角

2017年《第22届亚洲电视大奖》在日前宣布入围名单,本地艺人钟玉芳凭都市奇幻剧《美丽新世界》里的第一单元《乌鸦》中饰演的母亲一角,成功入围戏剧类最佳女主角奖项。

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan tiket awal, lebih jimat tau!

Trending Fri, 1 Mar 2019

Penumpang Singapore Airlines ini tergigit sebatang gigi yang ditemui di dalam nasinya!

Bagaimana gigi boleh terjatuh ke dalam hidangan yang sepatutnya berpiawaian tinggi?

error: Content is protected !!