Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 9, 2021 @ 4:28pm

Selepas Neelofa & Siti Nurhaliza Kini Datuk Awie Pula Berdepan Dakwaan Isu Langgar SOP

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, dilaporkan akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman memaklumkan penganjur serta beberapa individu yang terbabit dengan majlis yang dihadiri artis terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat

“Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan jam 12.43 tengah hari tadi, berhubung dakwaan pelanggaran SOP oleh vokalis kumpulan Wings’s itu ketika menjayakan satu misi kemanusiaan.

Selain itu, polis memohon agar individu-individu yang terbabit atau mempunyai maklumat berkaitan isu ini untuk hadir bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 42 saat memaparkan Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman bersama beberapa individu lain tanpa memakai pelitup muka membuat persembahan yang dipercayai berlangsung pada 30 April lalu.

 

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Trending Thu, 26 Sep 2019

President Ukraine dan Idea Whatsapp Group “World Leaders”

Kalau betul ada whatsapp group “World Leaders”..pasti kecoh!!

Trending Tue, 5 Mar 2019

Paris Hilton ucap tahniah kepada Syahrini

Selamat pengantin baru Syahrini dan Reino! 

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Ayda Jebat Syukur Selesai Jalani Prosedur Jahit Semula Luka Pembedahan Bersalin Yang Bocor – “Saya Masih Tak Boleh Lasak”

Ayda Jebat memaklumkan dirinya kini telahpun selesai menjalani prosedur menjahit semula luka pembedahan bersalin yang bocor sebelum ini.

Featured Wed, 27 Aug 2025
Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Isteri Aril Pilus Hilang Banyak Darah & Terpaksa Buang Rahim

Semoga diberikan kesembuhan buat isteri Aril yang kini berada di ICU

Hiburan Mon, 20 Jan 2025
error: Content is protected !!