Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 24, 2025 @ 8:53pm

Dapat Kutipan RM7 Juta, Filem Banduan Raih 3 Pencalonan Antarabangsa Di Anugerah IFFA

Filem aksi-thriller Banduan, adaptasi daripada karya Tamil terkenal Kaithi (2019), mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya mengutip RM7 juta selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.

Filem yang menampilkan Datuk Aaron Aziz sebagai teraju utama dan diarahkan oleh Kroll Azry itu turut meraih pengiktirafan antarabangsa, apabila Banduan menerima tiga pencalonan penting di acara berprestij International Film Festival of Australia (IFFA)

Karya terbitan Number Twenty One Media dan Dream Warrior Pictures itu meraih pencalonan Filem Antarabangsa Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Aaron Aziz) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Datuk Rosyam Nor).

Gabungan kutipan memberangsangkan dan pencalonan global ini mengukuhkan reputasi filem tersebut sebagai sebuah karya berkualiti yang menonjol melalui kekuatan adaptasi, mutu lakonan dan sentuhan penceritaan dari perspektif Malaysia.

Kalyana Devan dari Number Twenty One Media meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan pasukan produksi.

“Kami sangat gembira dengan pencapaian Banduan, sama ada dari segi penerimaan penonton mahupun prestasi kutipan.

“Kejayaan ini lahir daripada komitmen seluruh tenaga kerja dan membuktikan cerita tempatan yang dibuat dengan penuh kesungguhan mampu mendapat tempat di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, wakil Dream Warrior Pictures, Kathiravan, turut memberi penghargaan atas kejayaan tersebut.

“Pencalonan di IFFA untuk kategori Filem Antarabangsa Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ialah satu pengiktirafan besar untuk kerjasama antara Number Twenty One Media dan Dream Warrior Pictures. Ini bukti usaha kedua-dua pihak membuahkan hasil,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula

Featured Thu, 22 Apr 2021

Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick mendedahkan beliau mengalami ‘bipolar disorder’ yang merupakan sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Menurut Janna yang mendedahkan perkara terbabit di […]

Trending Thu, 5 Aug 2021
Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Featured Wed, 11 Sep 2024
error: Content is protected !!