Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 11, 2022 @ 5:10pm

“Saya Reda Dan Halalkan Anak Saya…”- Ibu Bapa Ainul Mohon Hentikan Posting Kurang Tepat, Minta Netizen Terus Titipkan Doa

Selepas kita dikejutkan dengan berita tentang keadaan adik Ainul Mardhiah yang diserang sawan berulang kali beberapa hari lepas, kini bapanya, Ahmad Safiuddin, 27, memaklumkan yang Ainul kini sedang ditidurkan bertujuan untuk merehatkan otaknya dan mengawal sawan yang dihidapinya.

Namun, apa yang menyedihkan tentang masyarakat kita pada hari ini adalah, terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tampil memberikan laporan palsu yang mengatakan adik Ainul kini sudah tiada.

Laporan sebegitu secara tidak langsung memberikan kesan terhadap pihak keluarga lantas ibu bapa Ainul memohon agar pihak terbabit memadam semula posting berkenaan bagi menghormati perasaan keluarga dan keadaan anaknya.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ahmad Safiuddin menerusi hantaran terkini di Facebook miliknya.

“Assalamulaikum… Ainul masih ada lagi, dia masih bernafas. 

“Saya minta maaf sangat mungkin ketika saya menulis, saya beremosi sehingga buat orang salah faham.

“Saya harap mana-mana page atau individu yang muat naik status Ainul dan tiada itu supaya padam atau diturunkan,” tulisnya.

 

Sementara itu, beliau juga berharap semua pihak di luar sana tidak putus-putus mendoakan anaknya itu agar segera sembuh dan sentiasa diberikan kekuatan untuk melawan penyakitnya.

“Saya doa semoga Allah SWT bukakanjalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya. Doktor kini sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik. Saya saksikannya.

“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali kita kena sedar bahawa Allah SWT jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan.

“Saya redha dan saya pasrah. Walaupun begitu saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Saya redha dan halalkan anak saya. Apa yang berlaku saya percaya itu lah yang terbaik dari Nya,” katanya.

 

Dalam hantaran yang sama juga, ibu bapa Ainul tampil menjelaskan ayat ‘Saya redha dan halalkan anak saya’ itu bukanlah bermaksud mereka sudah ‘give up’ namun, perkataan itu lebih merujuk kepada menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

Terdahulu, adik Ainul mardhiah, 4 , dilaporkan tenat akibat jangkitan kuman yang merebak ke seluruh tubuhnya sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

¥¥

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Mar 2025
Featured Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Cetus Fenomena Luar Biasa! Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Raih 4 Juta Penonton, 600 Juta Capaian Media Sosial

Saksikan minggu terakhir Doa Yang Terlindung setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Bohonglah Kalau Tak Pernah ‘Kena’” – Kongsi Tips Rawatan, Janna Nick Dedah Kerap Disihir?

Allahuakbar! Dah 2023 pun masih ramai yang percaya benda macam ni eh 🥹

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

Marsha Milan Dedah Paru-Paru Lemah, Terpaksa Ambil Steroid Demi Terus Bekerja – “Setiap Kali Sakit Lambat Sembuh”

Penyanyi, Marsha Milan Londoh mendedahkan dirinya berdepan masalah paru-paru lemah yang memberi kesan besar terhadap tahap kesihatan serta perjalanan kerjaya seninya sepanjang tahun lalu. Menurut Marsha, masalah kesihatan itu mula disedari selepas dia dijangkiti Covid-19 […]

Featured Mon, 1 Jul 2019
Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Malam Sarat Penghormatan Buat Pujangga Revolusioner, WHAM & PPAS Pacu Tenaga Anjur Program Memori Suara Pyanhabib

Program Memori Suara Pyanhabib anjuran WHAM dan PPAS pada Sabtu lalu mengenang legasi penyair terkenal dengan karya-karya menggugat nurani.

error: Content is protected !!