Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2025 @ 12:42am

Malam Sarat Penghormatan Buat Pujangga Revolusioner, WHAM & PPAS Pacu Tenaga Anjur Program Memori Suara Pyanhabib

Program Memori Suara Pyanhabib anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berlangsung dalam suasana penuh emosi dan penghargaan pada Sabtu lalu.

Acara yang diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu menghimpunkan rakan seniman, tokoh masyarakat, wartawan dan peminat yang hadir bagi mengenang legasi penyair yang terkenal dengan karya-karya yang menggugat nurani dan pandangan hidup masyarakat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Haji Muhamad yang menegaskan bahawa malam tersebut bakal menjadi detik istimewa buat semua yang pernah mengikuti perjalanan kreatif Pyanhabib, pemuisi surealis yang kehilangan pendengaran namun terus ‘bersuara’ lantang melalui puisinya.

Acara turut dimeriahkan dengan pelancaran lagu puitis Pujangga Kontra Di Kaki Lima ciptaan Ajin Black Rose, serta deklamasi sepuluh puisi karya Pyanhabib oleh barisan seniman ternama.

Antara mereka yang menjayakan Program Memori Suara Pyanhabib, Sabtu lalu.

Turut tampil ialah penyair pelapis seperti Heidi Pyanhabib dan Qasyaf Iman. Tayangan montaj visual memaparkan momen-momen penting sepanjang hayat Allahyarham turut dipertontonkan kepada para hadirin.

Dalam pada itu, WHAM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan malam peringatan berkenaan.

Program tersebut bukan sekadar sebuah acara rasmi, tetapi satu perhimpunan kasih dan hormat kepada seorang seniman yang meninggalkan warisan mendalam dalam dunia puisi dan kesenian tanah air.

Buat pertama kali, WHAM turut memperkenalkan segmen Memori Bersama yang dikendalikan oleh Presiden WHAM, Tengku Datuk Khalidah Tengku Bidin. Segmen itu menampilkan dua individu yang sangat dekat dengan Allahyarham iaitu isterinya, Zurina Zakaria atau mesra disapa Erin dan sahabat karibnya, pengarah filem Nasir Jani.

Presiden WHAM, Tengku Datuk Khalidah Tengku Bidin bersama isteri arwah Pyanhabib, Zurina Zakaria.

Perbualan mereka membuka sisi peribadi yang jarang didengar umum, kehalusan hati Pyanhabib, selorohnya yang tersendiri dan kecintaannya terhadap dunia seni.

“Bagi WHAM, karya dan pemikiran Pyanhabib tidak akan pernah pudar. Puisinya terus bernafas, falsafahnya masih dirasai dan semangat seninya akan menjadi ilham untuk generasi seterusnya,” kata Tengku Khalidah.

WHAM turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan seni yang hadir untuk berkongsi kenangan dan mengirim doa.

Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang, pada 4 Jun 2024, kira-kira seminggu selepas menyambut hari lahir ke-66.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Mar 2020

[VIRAL] Tak Pernah Lagi Orang Tengok Anak Kena Denda Disuruh Gelek!

Ibu muatnaik video anak disuruh gelek menjadi tular di laman media sosial sebab cuteness overload.

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Hanya Bergurau, Elly Mazlein Tak Marah Dengan Gelaran ‘Janda’

Kak Lina Pom Pom memang seorang yang sangat ‘chill’!

Featured Mon, 4 Oct 2021

“Ketahuilah Ia Kerosakan Yang Besar..”- Hantaran Sahabat Baik Ebit Lew Curi Perhatian Warganet

Kontroversi yang melanda pendakwah Ustaz Ebit Lew (UEL) semakin hangat apabila pendakwah terkenal itu bersama isterinya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis minggu lalu. Baru-baru ini, pendakwah Firdaus Wong pula tampil membuat laporan polis […]

Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Fri, 19 May 2023
Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Wah! Ini Mungkin Berita Paling Best Untuk Peminat Haqiem Rusli

Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli turut memohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan atau kata-katanya di media sosial.

Selebriti Tue, 16 Apr 2024
Featured Fri, 13 Dec 2024

Elak Kesihatan Mental Terjejas, Nora Ariffin Jumpa Psikiatri Sejak 6 Bulan Lalu

Nora dan anak-anak menjalani sesi terapi tersebut sejak enam bulan lalu dan menunjukkan hasil yang positif.

error: Content is protected !!