Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2026 @ 9:06am

Tak Mahu Loghat Kedengaran Dibuat-Buat, Aniq Suhair Buat Persediaan Rapi

Pelakon Aniq Suhair menyahut cabaran baharu dalam perjalanan seninya apabila perlu menguasai dialek Perak bagi menjayakan watak baharunya.

Demi memastikan wataknya tampil meyakinkan, Aniq mengikuti kelas intensif dialek Perak selama lima hari sebelum memulakan penggambaran.

Sepanjang 30 hari di lokasi pula, dia membiasakan diri bertutur menggunakan dialek tersebut setiap hari supaya sebutan dan intonasinya kedengaran lebih semula jadi di hadapan kamera.

Menariknya, walaupun berasal dari Taiping, Perak, Aniq mengakui dia tetap perlu membuat persediaan rapi kerana setiap daerah di negeri itu mempunyai sebutan, lenggok bahasa dan intonasi yang berbeza.

“Ramai beranggapan semua orang Perak bercakap menggunakan loghat yang sama, sedangkan setiap kawasan ada keunikannya sendiri. Saya pula sudah lama menetap di Kuala Lumpur, manakala loghat Taiping lebih dipengaruhi dialek utara seperti Kedah dan Pulau Pinang.

“Dalam drama ini pula, saya perlu menggunakan dialek Kuala Kangsar yang lebih lembut dan berirama. Malah, ada beberapa perkataan yang saya sendiri tidak biasa dengar sebelum ini seperti ‘raban teben’ dan ‘tumpor’. Sebab itu saya mahu pastikan setiap sebutan kedengaran asli dan bukannya dibuat-buat,” katanya.

Selain menghadiri kelas intensif, Aniq yang menjayakan watak Mamat menerusi drama romantik komedi, Ate Kome I Love You turut membuat kajian sendiri dengan menonton pelbagai filem, kandungan digital dan karya yang menggunakan dialek Perak sebagai rujukan.

Antara sumber inspirasi utamanya ialah karya Allahyarham Mamat Khalid yang disifatkan berjaya mengangkat identiti, budaya dan humor masyarakat Perak dengan begitu dekat di hati penonton.

Menurut Aniq, dia memandang serius tanggungjawab tersebut kerana sedar penonton hari ini semakin peka terhadap ketepatan penggunaan dialek dan keaslian sesuatu watak.

“Saya bukan sekadar mahu bertutur dalam loghat Perak, tetapi mahu masyarakat Perak sendiri dapat merasakan watak ini benar-benar hidup. Apabila setiap hari bercakap menggunakan dialek itu sepanjang penggambaran, saya mula memahami keindahan bahasanya yang unik dan menghiburkan.

“Saya tidak berani mengatakan hasilnya sempurna, tetapi saya sudah memberikan usaha sebaik mungkin. Malah, ada ketika saya terbawa-bawa menggunakan dialek Perak walaupun di luar set. Kalau ada kekurangan, saya harap orang Perak boleh memaafkan. Kalau menjadi, itu semua hasil bantuan ramai pihak sepanjang penggambaran,” katanya.

Dalam masa sama, Aniq turut menganggap peluang bergandingan dengan Amy Mastura sebagai antara pengalaman paling bermakna sepanjang bergelar pelakon.

Katanya, Amy merupakan antara figura yang dikaguminya sejak kecil dan peluang berkongsi set bersama pelakon berpengalaman itu menjadi satu penghormatan yang sukar dilupakan.

“Saya membesar dengan menonton lakonan Kak Amy. Dia seorang yang sangat merendah diri dan sentiasa positif di lokasi. Banyak perkara saya belajar daripadanya, termasuk memahami budaya dan penggunaan dialek Perak dengan lebih baik. Bagi saya, peluang bekerja dengannya memang sangat berharga,” katanya.

Dalam drama ini, Aniq membawakan watak Mamat, seorang penghantar makanan dari Kuala Kangsar yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencari kehidupan lebih baik sebelum berdepan pelbagai cabaran, persahabatan dan kisah cinta yang mengubah perjalanan hidupnya.

Turut dibintangi Bella Dowanna, Nurel Baharin, Amy Mastura, Ieda Moin, Usop Wilcha, Reza Hasbi dan Aidit Noh, Ate Kome I Love You mengangkat kisah cinta, kekeluargaan dan persahabatan dengan latar budaya masyarakat Perak. Siri 12 episod terbitan Zeel Production itu kini boleh ditonton menerusi platform penstriman Viu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Siapa Nak Dengar?” – Nak Bawa Lagu Ke Peringkat Antarabangsa, Yuna Pernah Dipandang Rendah

Jangan biar kata-kata orang patahkan semangat kita! Congrats Yuna

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Betul Ke K-Clique Nyanyi ‘Miming’ Di Konsert Lazada 11:11?

Betul ke? Apa kata korang tentukan sendiri okay!

Hiburan Fri, 21 Mar 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Ambil ‘Bodyguard’ Untuk Keselamatan Anak-Anak – “Saya Takut Sekarang Banyak Kes Culik”

Puteri Sarah bimbang kes culik semakin menjadi ambil bodyguard demi keselamatan anak-anak

Featured Thu, 26 Jun 2025
Featured Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Wali Band Kembali Ke Malaysia, Mahu Tebus Kekecewaan Peminat Menerusi 2 Konsert Solo Di KL & KK

Wali Band bakal kembali menerusi dua konsert solo yang dijadualkan berlangsung di Sabah dan Kuala Lumpur tahun ini.

Featured Sat, 27 Sep 2025

“Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Isu Pakaian Ketat Jadi Bahan ‘Kutukan’ – “Saya Insan Yang Tak Sempurna Dimata Anda”

Linda Rafar tampil memohon maaf susulan isu kontroversi melibatkan dirinya baru-baru ini.

Selebriti Wed, 3 Apr 2024
error: Content is protected !!