Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari April 3, 2024 @ 2:31pm

Alami Serangan Jantung, Jaafar Onn Meninggal Dunia Ketika Prosedur Endoskopi

Anak angkat kepada pelakon dan pengacara Jaafar Onn, Mohd Hanif Mohd Hashim memaklumkan bahawa Allahyarham meninggal dunia ketika sedang melalui prosedur endoskopi pada pagi tadi.

Memetik laporan Gempak, Hanif berkongsi doktor sudah memaklumkan bahawa prosedur tersebut sememangnya mempunyai risiko yang tinggi kerana jantung arwah lemah ketika itu.

“Pagi tadi papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor memang ada beritahu prosedur itu berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan.

“Heart rate dia memang tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” katanya kepada Gempak.

Hanif ditemui Gempak ketika berada di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Rabu.

Selain itu, dia turut memberitahu pada mulanya arwah pergi ke klinik kerana mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.

Ujarnya lagi, doktor juga memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil terlalu lama.

“Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kemarin dan dalam pada sama dia juga membuang air besar berdarah… pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti.

“Kemungkinan pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil oleh papa. Ikutkan memang dah lama papa ambil ubat itu, sebelum saya jaga dia lagi.

“Ubat tahan sakit itu dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung. Masalah jantung tu juga menyebabkan kakinya bengkak.

“Berak berdarah tu pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Patutnya bulan 2 ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Lagipun ketika itu, arwah rasa pembuangan dia sudah baik,” kata Hanif.

Jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor pada Rabu.

Terdahulu, kesihatan Jaafar dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Artikel Berkaitan: Alami Najis Berdarah, Jaafar Onn Kini Berada Di Zon Kritikal

Artikel Berkaitan: Jaafar Onn Meninggal Dunia

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Aug 2022
Hiburan Sun, 15 Jun 2025

Kamal Adli Mohon Bakat Muda Hargai Peluang – “Pelakon Baharu Kerap Main Telefon Di Set Penggambaran..”

Kamal Adli meluahkan kebimbangan terhadap sikap sesetengah pelakon baharu.

Trending Thu, 16 Jul 2020
Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

周秀娜来马大方分享瘦身秘籍!

本地极具影响力微商企业日前推介高质量新品,邀来了香港性感女神Chrissie周秀娜作为特别嘉宾,为新产品美丽加持!

error: Content is protected !!