Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 15, 2025 @ 2:59pm

Kamal Adli Mohon Bakat Muda Hargai Peluang – “Pelakon Baharu Kerap Main Telefon Di Set Penggambaran..”

Pelakon Kamal Adli meluahkan kebimbangan terhadap sikap sesetengah pelakon baharu yang didakwa tidak serius ketika berada di lokasi penggambaran.

Kata Kamal, 39, walaupun belum berdepan sendiri dengan situasi tersebut, dia sering mendengar rungutan daripada rakan-rakan industri mengenai segelintir pendatang baharu yang leka bermain telefon sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai pelakon.

“Bila kita bekerja dengan artis-artis senior, kita boleh lihat sendiri. Seperti contoh untuk projek Hilang Kasyorga ini, ada pelakon seperti Azhar Sulaiman dan Ellie Suriaty. Saya sendiri menjadi saksi, telefon pintar memang tiada di tangan mereka. Biasanya mereka akan fokus, duduk berborak atau ajak latihan skrip.

“Sejujurnya, saya tidak pernah jumpa lagi dengan bakat baharu tetapi cerita-cerita ini banyak sampai ke telinga saya. Kerap main telefon itu sudah biasa sangat. Sudahlah tidak baca dan faham skrip, jumpa senior buat tidak tahu pula.

“Ada yang bercakap mengenai budak-budak baharu yang sibuk main telefon dan kemas kini media sosial. Saya pun tidak tahu tahap serius mereka dalam industri ini. Adakah mereka hendak jadi pempengaruh, pelakon atau selebriti?” soal Kamal.

Suami kepada aktres Uqasha Senrose itu ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Hilang Kasyorga di TGV 1 Utama, baru-baru ini.

Jelasnya, dalam industri seni yang profesional, setiap pelakon sepatutnya menunjukkan komitmen yang tinggi serta memahami tugas masing-masing.

“Kita berada di dalam industri yang profesional. Orang-orang yang ada dalam industri ini mereka sentiasa bersedia dan tahu kerja masing-masing.

“Bagi sesetengah pelakon baharu, mungkin mereka anggap lakonan ini hanyalah pendapatan sampingan sahaja. Mungkin pendapatan sebagai pempengaruh atau perniagaan mereka lebih besar,” ujarnya.

Sebagai pelakon yang berpengalaman, Kamal turut menitip nasihat kepada golongan pelakon muda agar mengambil serius perjalanan seni mereka serta memahami etika bekerja di set.

“Ketika ini, mungkin saya sudah boleh bercakap memandangkan saya juga sudah agak senior. Kepada adik-adik baharu ini, anda kena faham. Mungkin senior-senior ini tidak banyak bercakap.

“Tetapi tingkah laku anda akan beri impak kepada kami. Anda sepatutnya sudah tahu apa undang-undang bila masuk ke set.

“Kalau anda sudah bersedia 100 peratus, tahu hendak lontarkan dialog dan jayakan babak, tidak mengapa. Kalau semuanya baru hendak belajar di set, anda kena fikir semula bidang hendak diceburi ini. Penerbit bukan keluar duit sekadar RM5 atau 50 sen. Ia membabitkan wang besar. Kalau dapat peluang, hargailah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal akan muncul sebagai pelakon utama dalam drama bersiri Hilang Kasyorga arahan Feroz Kader yang bakal ditayangkan di Unifi TV mulai 23 Jun ini.

Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd itu turut dibintangi Nabila Huda, Luqman Hafidz, Azhar Sulaiman, Ellie Suriaty, Hariz Hamdan, Arfie Shah dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Featured Wed, 30 Jul 2025
Trending Thu, 22 Feb 2018

INILAH WAJAH BABY NEY NEY

Wahh!!! Comel sungguh Baby Ney Ney!!!

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Kini Hafiz Suip Ubah Penampilan Diri!

Namun, kemunculan penyanyi yang berasal dari Sarawak ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan imej berserban dan berjubah.

Hiburan Fri, 12 Dec 2025

Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Ernie Zakri menangis, tidak sangka rangkul anugerah bintang paling popular ABPBH37

Hiburan Sun, 5 Nov 2023
error: Content is protected !!