Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul May 1, 2020 @ 9:00am

Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan, Pelanggan Diberi 2 Pilihan Cara Pembayaran

Persatuan Bank-Bank dalam negara (ABM) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa peminjam pinjaman sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik.

Kredit foto: Ringgitplus

Pelanggan yang terbabit akan diberi dua pilihan cara pembayaran semula. Pertama, boleh memilih untuk membayar lump sum penangguhan ansuran yang terkumpul selama enam bulan pada bulan oktober tanpa dikenakan sebarang cas faedah tambahan.

Manakala cara yang kedua pula adalah pelanggan boleh terus membayar balik ansuran selepas bulan Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal.

Namun faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya.

Perlu terima notifikasi dari pihak bank terlebih dahulu

Menurut ABM lagi, bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium menerusi notifikasi yang diberikan oleh pihak bank, mereka dikira tidak mengambil moratorium.

Kredit foto: ringgitplus

Bagi mereka yang tidak mengesahkan moratorium melalui bank masing-masing,mereka perlu membayar ansuran seperti biasa mengikut jadual asal.

Walau bagaimanapun, ABM menjelaskan pihak bank tidak akan mengenakan cas faedah tambahan kepada pelanggan yang menangguhkan ansuran bulanan pada bulan April dan Mei jika pembayaran pinjaman bulan April, Mei dan Jun 2020 dibayar sebelum 30 Jun 2020.

Jika bayaran masih belum dijelaskan selepas 30 Jun, akaun akan menjadi tertunggak dan caj bayaran lewat akan bermula pada Julai dan seterusnya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Jul 2025
Featured Wed, 7 Dec 2022

Kongsi Video Di Hospital, Ramai Cemburu Cara Izzue Islam Layan Isteri Penuh Kasih Sayang – “Setia & Bahagia..”

Bagus Izzue ni. Seorang suami yang sangat penyayang dan setia! Moga dipermudah segala urusan ❤️

Featured Tue, 22 Oct 2024

“Macam Mana Nak Hidup Kalau Hak Dinafikan”- Berang Isu Nafkah, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa Tu?

Ada betulnya apa yang Rita cakapkan tu! Bukan senang nak besarkan anak zaman now😇

Hiburan Wed, 13 Aug 2025

“Doakan Saya Dapat Anak Kembar” – Mimi Lana

Mimi Lana berharap dapat anak kembar

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

“Saya Tak Nak Orang Ambil Tahu Soal Rumah Tangga Saya” – Zizi Kirana

Zizi Kirana enggan komen isu rumah tangga dengan Yusof Bahrin

error: Content is protected !!