Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 26, 2025 @ 2:39pm

“Saya Dapat Lihat Wajah-Wajah Mereka” – Fazura Yakin SKMM Mampu Ambil Tindakan Tegas

Penyanyi, pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura tampil mendedahkan, dia telahpun memperolehi pelbagai maklumat peribadi milik beberapa pengguna media sosial yang dipercayai terlibat dalam isu kontroversi dan penyebaran fitnah mengenai dirinya.

Kata Fazura menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di platform Threads, maklumat peribadi yang diperolehi adalah,  identiti penuh, alamat kediaman,  tempat kerja, dan wajah sebenar individu berkenaan.

Menurutnya, tindakan seterusnya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut mengikut saluran undang-undang.

“Undang-undang di Malaysia sangat tegas mudah-mudahan.

“Dan saya percaya SKMM boleh menjalankan tugas mereka dengan baik, inshaa-Allah,” katanya.

Mengulas lanjut, Fazura turut meluahkan rasa terkejut apabila berjaya mendapatkan maklumat lengkap termasuk wajah individu-individu terbabit, hasil daripada pelbagai platform yang dikongsikan kepadanya.

“Banyak nama saya dapat daripada banyak platform. Mereka ada details tentang semuanya termasuklah orang tu kerja dekat mana.

“Dan amazingnya, saya tak tahu macam mana pihak SKMM buat, tapi saya dapat lihat wajah-wajah netizen ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fazura menegaskan dia memilih untuk tidak mengambil tindakan terburu-buru, sebaliknya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Tapi, saya serahkan kepada pihak bertanggungjawab dahulu untuk jalankan siasatan,” ujarnya ringkas.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi daripada pihak SKMM berhubung siasatan yang dijalankan.

Terdahulu, pelantun lagu Luar Biasa ini menyorot perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto yang memperlihatkan dirinya sedang berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, Fazura juga ada memuat naik beberapa salinan bukti didakwa komen netizen yang ditujukan kepadanya berkaitan hubungannya bersama bekas suami yang juga aktor popular, Fattah Amin.

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Salinan Bukti Komen Netizen, Fazura Hadir Di Pejabat SKMM

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Aug 2019

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Anda pun boleh tampil yakin dengan skirt!

Trending Mon, 16 Jul 2018

Rebut Kereta Punya Pasal Punca Suami Naik Tangan?

Mangsa nekad tidak mahu mengalah dan terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan dengan niat untuk menghalang tindakan suspek.

Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

Featured Thu, 10 Jun 2021

Nenek Disahkan Positif COVID-19, Elfira Loy Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon, Elfira Loy mendedahkan berita menyedihkan apabila nenek kesayangannya disahkan positif Covid -19. Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, Elfira, 27 sempat berkongsi keadaan neneknya yang disahkan positif selepas menjalani ujian calitan buat pertama, sebelum ujian kedua […]

Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020

[TERKINI] Boleh Solat Jumaat Dengan Bilangan 40 Jemaah Di Kelantan

Alhamdulillah, semakin banyak kelonggaran

error: Content is protected !!