Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2025 @ 12:14pm

“Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Isu Pakaian Ketat Jadi Bahan ‘Kutukan’ – “Saya Insan Yang Tak Sempurna Dimata Anda”

Pelakon dan anggota Kumpulan Elite, Linda Rafar tampil memohon maaf susulan isu kontroversi melibatkan dirinya baru-baru ini.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 47, berkata, dia telah memaafkan sesiapa sahaja yang berkata buruk terhadap dirinya sekali gus mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menitipkan nasihat-nasihat yang baik.

“Assalamualaikum semua… Di hari yg mulia ini.. saya Lindarafar dengan rasa rendah hati akan memaafkan sesiapa sahaja yang berkata-kata buruk terhadap diri saya.

“Yang memberi nasihat ikhlas saya ucapkan jutaan terima kasih kerana masih sayangkan saya.  Sesungguhnya saya insan yang tidak pernah sempurna di mata anda.

“Segala yang terbaik sempurna hanya daripada sang pencipta Allah SWT,” katanya.

Perkara itu dikongsi Linda menerusi hantaran di Threads miliknya.

Terdahulu, Linda menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet selepas persembahannya pada konsert Elite di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang diadakan baru-baru ini tidak sesuai dengan imej wanita muslimah yang dipaparkan.

Malah, netizen mendakwa Linda seharunya peka dengan perkara itu apatah lagi dia merupakan selebriti yang dilihat rajin menghadiri usrah dan kelas agama.

Tidak habis disitu, sikapnya yang tidak profesional dalam mengawal situasi termasuklah komen kasar yang ditinggalkan warganet menerusi platfrom media sosial juga turut dipertikaikan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

4 New Celebrities Will Be Added into Running Man

4 new members will be added into Running Man’s team!

Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Syamel Kongsi Momen Sukar Hantar Khawla Ke Sekolah – “Anak Happy Tapi Ibu Bapa Saja Yang…”

Ernie Zakri, Syamel sukar melepaskan Khawla pertama kali ke sekolah

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Trending Wed, 11 Aug 2021
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Jasmine Project Love Musim Kedua Tamat Dengan Penuh Emosi, RM200,000 Berjaya Dikumpul!

Jasmine Project Love musim kedua di 8TV melabuhkan tirainya dengan sebuah majlis penghargaan yang cukup bermakna.

Eat Travel Mon, 18 May 2020
Featured Fri, 5 Aug 2022
Featured Sat, 24 May 2025

Kerap ‘Overthinking’, Shuib Dedah ‘Sakit’ Kehilangan Bintang – “Bila Watie Pregnant, Saya Jadi Takut Hilang Dia”

Shuib Sepahtu, meluahkan rasa sedih dan sayu selepas kehilangan anak dalam kandungan isterinya.

error: Content is protected !!