Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2025 @ 12:38pm

Kerap ‘Overthinking’, Shuib Dedah ‘Sakit’ Kehilangan Bintang – “Bila Watie Pregnant, Saya Jadi Takut Hilang Dia”

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, meluahkan rasa sedih dan sayu selepas kehilangan anak dalam kandungan isterinya, Watie Hanifiah, yang diberi nama Bintang, pada 11 Mei lalu.

Menurut Shuib, meskipun kejadian itu cukup menyentuh hati dan meninggalkan kesan mendalam, dia tetap reda menerima ketentuan Ilahi.

“Ini new journey lah untuk saya dan juga Watie, rezekinya tu datang dengan tempat yang best, timing yang best.

“Ceritanya tahun lepas bulan 10 kami berniat untuk ada baby. Dan bila pergi umrah, dekat situlah kami tahu yang Watie pregnant. Masa tu saya ingat lagi 5 April.

“Masa Hari Raya Watie ada juga buat ujian kehamilan dua kali, tapi sebab first time guna dia tak tahu jadi benda tu rosak macam tu je. Then, yang ketiga tu, masa dekat Jeddah, saya ajar lah macam mana nak guna.

“Kami memang tak nak bagitahu dekat orang. Kami anggarkan bila usia kandungan masuk 4 bulan kalau nak reveal, baru reveal. Jadi saya simpan lah video tu. Tapi saya tak sangka, Watie ni dia sibuk, dia ada empat kali flight dalam masa yang aga rapat. Wallahualam,” katanya ketika ditemu bual bersama program Melodi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Berkongsi lanjut mengenai keadaan isterinya, Shuib berkata, minggu pertama kehilangan Bintang, Watie agak sukar untuk menerimanya  memandangkan dia berasa gembira melalui fasa tersebut.

“Dia nangis teruk, dia terlalu bersedih, sebab dia sedang menikmati fasa kehamilan. Dia makan berselera, tak ada pening-pening, alahan semua saya yang kena, tapi itulah tak ada rezeki. Pada 11 Mei lebih kurang tiga bulan usia kandungan.

“Hari pertama dan kedua, Watie tak mahu bercakap dengan sesiapa kecuali saya dan anak-anak.

“Minggu pertama agak mencabar untuk saya fahamkan Watie dengan ujian ini.

“Tapi sekarang alhamdulillah Watie semakin baik keadaannya,” jelasnya.

Namun, ayah kepada tiga orang cahaya mata itu berkongsi dia juga tidak terlepas dari mengalami trauma apabila dimaklumkan Watie pada ketika itu sedang berbadan dua.

Jelasnya, dia takut apabila peristiwa kehilangan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin berulang kembali.

“Bila Watie bagitahu yang dia pregnant, ada satu perasaan saya jadi takut hilang dia.

“Sebab dulu orang pernah cakap, sebabkan Sarah pregnant anak keempat ni kau hilang dia.

“Jadi, bila Watie pregnant perasaan tu datang tau, dan banyak kali saya cakap dekat dia.

“Tapi Watie bagitahu itu adalah jalan yang Sarah lalui. Tapi saya jadi overthingking,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Oct 2025

Netizen Sepakat Banjiri Ruangan Komen Uqasha Senrose, ‘Bantu’ Kamal Adli Pujuk Isteri – “Dia Sayang Awak, Jangan Cerai…”

Kamal Adli masih sayang Uqasha Senrose, netizen sepakat bantu selamatkan rumah tangga

Featured Fri, 16 Jan 2026

“Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara

Kata Sweet, industri hiburan seharusnya lebih terbuka untuk memberi peluang dan menerima pelakon-pelakon yang dicop cilik ini untuk melakonkan pelbagai watak.

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Bay Bieber Bakal Jadi Bayi Paling Popular Tahun Ini?

Baru-baru ini, Bieber sekali lagi mengumumkan kelahiran bayi comel Bay Bieber di laman Instagramnya. Comel betul!

Featured Tue, 28 Jun 2022
Featured Thu, 2 Nov 2023

Impian Cakra Khan Tercapai, Tampil Konsert Solo Diiringi Orkestra Bersama Datuk Ramli MS

Fuh, mesti gempak konsertnay mas Cakra!❤️‍🔥 Tambah pulakada Datuk Ramli🧡

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Bahaya kalau alah pada ubat ni! Boleh mengundang maut!

Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤

error: Content is protected !!