Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 15, 2020 @ 7:00pm

‘Trio Ikan Asin’ disumbat dalam penjara, Fairuz panjatkan kesyukuran

Episod memalukan dilalui pelakon Indonesia, Fairuz A Rafiq, berikutan penghinaan bekas suami yang menyamakan bahagian intimnya seperti ikan asin (ikan masin), berakhir apabila hari ini Mahkamah Jakarta Selatan memutuskan hukuman penjara buat Galih Ginanjar.

Galih yang juga bekas suami Fairuz, didapati bersalah kerana menghina Fairuz secara terbuka menerusi sebuah program bual bicara di laman YouTube dan dengan sengaja mensensasikan hal itu.

Sumber: YouTube

Bagi kesalahan itu, Galih dijatuhkan hukuman penjara 28 bulan, manakala dua lagi yang bersekongkol menyiarkan video berkenaan pada Julai 2019, pasangan suami isteri, Rey Tami dan Pablo Benua, masing-masing menerima hukuman penjara 16 bulan dan 20 bulan.

Ketiga-tiga mereka yang diberi jolokan ‘trio ikan asin’ itu kelihatan cukup terkejut saat mahkamah membacakan keputusan, kerana yakin kemenangan bakal berpihak kepada mereka selepas melakukan pelbagai manipulasi.

Menerusi hantaran di Instagram, Fairuz yang pernah melalui saat trauma dan tekanan perasaan selepas tersebarnya video berkenaan, memuat naik ucapan khas berhubung kes tersebut dan berkongsi laporan berita perbicaraan itu.

Dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini memberikan sokongan dan semangat sepanjang berdepan episod memalukan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kebohongan bisa menutupi kebenaran,tapi tidak menghilangkannya..hanya masalah waktu hingga kebenaran TERUNGKAP.. AllahuAkbar.. Trimakasih ya Allah…????????

A post shared by Fairuz A.rafiq (@fairuzarafiq) on

“Untuk semuanya terima kasih untuk semangat dan doanya. Mungkin saya tak mampu balas semua satu persatu tapi kebaikan kalian semua akan dibalas Allah SWT dengan seribu kebaikan.

“Terima kasih menemani saya dengan doa dan sokongan selama berbulan-bulan,” tulisnya.

Fairuz bersama anak-anak dan suami baharunya, Sonny Septian. Foto: Instagram Fairuz A Rafiq

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 May 2018

Alamak! Lepas Enjin Meletup, Tingkap Pula Retak…

Tiada siapa cedera dalam insiden dua minggu selepas sebuah enjin pesawat Boeing 737 miliknya meletup lalu memecahkan satu tingkap dan mengorbankan seorang penumpang, iaitu insiden maut pertama sejak 2009.

Trending Mon, 21 Dec 2020
Kisah Viral Thu, 9 May 2024

Bapa Faisal Halim Reda, Yakin Anak Tak Ada Musuh – “Semoga Si Pelaku Dapat Hidayah”

Walaupun anak disimbah asid, tapi bapa Faisal Halim sempat titipkan doa untuk si pelaku 😭

error: Content is protected !!