Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 10, 2025 @ 12:27pm

Jalinan Kerjasama Drama Lakonan Siti Khadijah, Hun Haqeem & Ramai Lagi Bersama Suruhanjaya Filem Saga Dapat Pengiktirafan, Berjaya Raih Japan Film Commission Awards

Drama lakonan Siti Khadijah Halim, Hun Haqeem, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don terus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila siri From Saga With Love yang dibintangi mereka menjadi tunjang kejayaan Suruhanjaya Filem Saga memenangi Anugerah Utama di Japan Film Commission Awards ke-11 di Kobe, Jepun.

Kejayaan drama romantik ini bukan sahaja mengangkat nama pelakon utama seperti Siti Khadijah yang sebelum ini memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Komedi) di Asian Academy Creative Awards 2024 (peringkat kebangsaan Malaysia), malah menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan ketara ke Wilayah Saga, lokasi penggambaran utama drama berkenaan.

“Pengiktirafan ini membuktikan betapa berpengaruhnya sebuah penceritaan. Kami gembira From Saga With Love telah menyerlahkan keunikan Wilayah Saga sambil mengukuhkan hubungan budaya Malaysia-Jepun,” kata Kingsley Warner selaku Pengurus Negara Viu Malaysia.

Pengaruh Pelakon & Cerita Jadi Daya Tarikan Global

Sejak musim pertamanya ditayangkan pada 2023, From Saga With Love mendapat tempat di hati penonton, terutama kerana lakonan kuat Siti Khadijah, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah, dan Fimie Don. Musim kedua yang disiarkan pada Oktober 2024 pula memperkenalkan watak baharu lakonan Hun Haqeem, menambah lapisan emosi dan konflik yang menjadikan cerita ini lebih mendalam.

Gabungan elemen komedi romantik, budaya Jepun, dan pencarian makna hidup menjadikan siri ini relevan dan mudah diterima, bukan sahaja oleh penonton Malaysia, tetapi juga di Jepun.

Drama ini menjalani penggambaran di 14 bandar di Wilayah Saga, dan berjaya memaparkan keindahan lokasi sehingga mencetuskan lonjakan 198% dalam kadar penginapan pelancong Malaysia ke Saga, menurut Agensi Pelancongan Jepun.

90 Juta Tontonan & Impak Budaya

Setakat ini, From Saga With Love mencatatkan lebih 90 juta tontonan dan lebih 500,000 interaksi di media sosial, berdasarkan data Hootsuite dan TikTok, membuktikan impaknya dalam dunia digital. Versi dengan sarikata Jepun turut dilancarkan bagi musim pertama, manakala bahan promosi tempatan untuk Musim 2 dijangka diedar di Jepun menjelang musim luruh 2025.

From Saga With Love mengisahkan empat sahabat dari Malaysia, Karma (Siti Khadijah), Sham (Ikmal Amry), Bianca (Sophia Albarakbah) dan Bob (Fimie Don) mengembara demi eksplorasi cinta, persahabatan dan pencarian jati diri di pekan-pekan menawan sekitar Wilayah Saga, Jepun.

Musim kedua memperkenalkan Hadri (Hun Haqeem), watak baharu yang menjadi pencetus konflik dan pertumbuhan watak utama. Dengan naratif yang kuat, sinematografi menawan dan lakonan mantap, drama ini terus menjadi antara siri tempatan paling berjaya di platform Viu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Camila Cabello Puts a Light to the Shades About Her Body

Camila Cabello took to her Instagram to address the hates she’s been getting about her body image!

Hiburan Wed, 11 Feb 2026

“Sudah Tentu Saya Akan Kongsi Berita Baik, Tunggulah…” – Dayang Nurfaizah

Pelantun lagu Di Pintu Syurga ini turut menjawab berhubung perhiasan rantai yang dipakainya didakwa sama dengan Hael. 

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

‘Sampai Hari Ini, Saya Masih Tak Percaya…’- Alif Satar

Konsert anjuran Philandure dan Komited Malaysia itu diadakan bagi mengumpul dana untuk enam pertubuhan terpilih.

error: Content is protected !!