Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2025 @ 1:17pm

Syamel Kongsi Momen Sukar Hantar Khawla Ke Sekolah – “Anak Happy Tapi Ibu Bapa Saja Yang…”

Penyanyi, Syamel berkongsi perasaan sukar melepaskan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha, 3, pertama kali ke sekolah.

Menerusi platform X, Syamel atau nama lengkapnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, dan isteri, penyanyi, Ernie Zakri, 33, sedikit beremosi pada awalnya namun lama-kelamaan sudah boleh menyesuaikan diri tanpa kehadiran anak di sisi buat sementara waktu.

Jelas pelantun lagu Hamba Cinta ini, anak perempuannya yang dikenali dengan karakter periang serta ramah itu dikatakan sangat bahagia bermain di sekolah.

“Khawla pertama kali ke sekolah (mintessori). Awal-awal susah sikit nak tinggalkan tapi lepas setengah jam, Alhamdulillah dah boleh biasakan diri. Maksud saya, ibu bapa dia… Si Khawla happy saja bermain dalam tu,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi perasaaan sama ketika pertama kali menghantar anak mereka ke sekolah.

Sekadar info, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Khawla Soleha pada 22 Februari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Sep 2025

Tuduhan Curang, Fattah Amin Saman Pasangan Pempengaruh RM5 Juta

Fattah juga turut menuntut permohonan maaf tidak bersyarat secara bertulis di akaun Threads dan media sosial pasangan tersebut.

Trending Tue, 14 May 2024
Hiburan Sat, 12 Jan 2019
Featured Mon, 1 Dec 2025

Konsert DiA Misha Omar ‘Cukup Rasa’.. Duet Bersama Anak Cipta Magis Tersendiri

Misha Omar akhirnya menunaikan janjinya apabila hadir dengan konsert sulung berjudul,  ‘DiA Misha Omar’ yang berlangsung baru-baru ini.

Hiburan Thu, 17 May 2018

Rompak Perabot Mewah, Abang Terlajak Laris Rugi 40k Lagi?

Perasaan kecewa menyelubungi Dato Aliff Syukri dan isteri, kerana apa yang mereka inginkan hanyalah mahu membantu mereka yang betul-betul memerlukan supaya tidak dihimpit dengan kesempitan hidup

Events Mon, 9 Sep 2019

Get Inside KLFW 2019 Exclusive Collection By Ezuwan Ismail And Alia B, These Are Our Top 5 Favourite Looks

It was all about edgy prints and fairytales fantasy with these two local designers.

error: Content is protected !!