Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 14, 2024 @ 12:21pm

Datuk Red Sah Cerai Isteri Pertama Dengan Talak Satu, Hasrat Pertahankan Rumah Tangga Musnah

Bekas suami Adira Suhaimi, Datuk Red telah menceraikan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.

Memetik laporan mStar, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu telah melafazkan talak terhadap Sharifah Norshafila atau Datin Red di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar, pada jam 10.40 pagi.

Difahamkan, peguam Adnan iaitu Muhammad Akmal Amzan menjelaskan bahawa Sharifah juga bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya seperti nafkah idah dan mutaah.

Adnan dan Sharifah atau Datin Red sempat bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir sebelum melafazkan perceraian.

Sebelum ini, Datuk Red telah meluahkan hasratnya untuk mempertahankan perkahwinannya yang dibina selama 19 tahun bersama Datin Red, namun kini sudah musnah.

Terdahulu, Datuk Red telah menceraikan isteri keduanya, Adira dengan talak satu, pada 24 April lalu.

Sekadar info, Sharifah memfailkan cerai terhadap Adnan pada penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Datuk Red dan Sharifah pada tahun 2005 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 11 Dec 2024
Trending Thu, 22 Oct 2020
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Sun, 17 Sep 2023
Trending Wed, 9 May 2018
Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Tampil 2 Single Baharu Dalam Tempoh 2 Minggu, Zynakal Tak Rasa ‘Membazir’

Tampil dua single baharu dalam tempoh dua minggu, penyanyi rap Zynakal tidak merasakan tindakan terbabit sebagai satu ‘pembaziran’. Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli mengeluarkan single Sayang Aku Tanya Apa Khabar kolaborasi bersama Dayang […]

Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡

Trending Mon, 29 Aug 2022

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Sampai ke Arab ye cari penawar! Apa-apapun semoga Ustaz kembali sihat!

error: Content is protected !!